4 Pilihan Snek Sihat Untuk Adik

Anak-anak yang sedang membesar memang kerap makan. Ada aje yang nak dikunyah walaupun baru setengah jam makan nasi. (Eleh, mak pun sama😜).

Emak jangan pula top up stok makanan ringan macam nak buka 7e kat rumah pulak ya. Pastikan kudapan untuk anak merupakan snek sihat yang tak akan mudaratkan kesihatan anak kita.

Antara snek yang baik untuk anak kita :

🍎 Buah-buahan
Buah kaya dengan vitamin dan serat, memang bagus untuk kesihatan si kecil (kita pun). Buah yang mudah untuk disediakan seperu epal, oren, pisang dan mangga.

image

🍎 Susu
Selain air masak, susu merupakan pilihan minuman terbaik untuk anak-anak. Susu kaya dengan kalsium untuk pembentukan tulang dan kesihatan gusi anak. Boleh beri mereka susu segar atau sesekali beri yogurt pun sedap.

🍎 Sayur-sayuran
Kenapa ramai kanak2 (dan dewasa) tak suka makan sayur? Mungkin jawapannya ada pada ibubapa 🙂 Ibubapa kena tunjuk contoh yang sama, makan sayur. Untuk permulaan, kenalkan kepada sayuran yang sedap seperti carrot, brokoli dan labu misalnya. Kalau awal2 beri makan sawi memang boleh trauma:)

🍎 Kekacang
Boleh buat sendiri popcorn di rumah. Mesti anak pun teruja dengar bunyi bertih jagung yang meletup letup ketika digoreng. Selain itu kacang macam badam dan pistacio pun sedap dijadikan kudapan. Atau ibu boleh buat kuih berasaskan kacang untuk minum petang. Kacang banyak serat dan lemak yang baik untuk tumbesaran anak-anak.

Makanan yang perlu dielakkan :

image

1. Makanan terlalu manis
Beri makan biskut memang baik, tetapi bertukar sebaliknya bila kita beri anak makan biskut gula atau biskut berinti krim terlalu kerap.

2. Makanan tinggi garam
Makanan ringan yang tinggi garam memang tak bagus langsung untuk kesihatan kita. Apatah lagi anak2. Tubuh kanak2 sukar untuk menyingkirkan natrium berbanding dewasa. Lebih selamat kalau jangan beri langsung anak makan snek rapu ni.

Makanan elak anak mengantuk dalam kelas. Klik sini.

Jom topup stok buah & kacang2 kat rumah. Selamat berhujung minggu semua 😘

💜 Anida
💜 SID : 869589
💜 WA : 012 791 7427

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “4 Pilihan Snek Sihat Untuk Adik

  1. We’re a gaggle of volunteers and opening a brand new scheme within our community.
    Your website offered us with valuable info to be effective on. You possess done an amazing job and our whole neighborhood will probably be grateful to you.
    NorbertYTiro recently posted…NorbertYTiroMy Profile

  2. We’re a team of volunteers and opening a new scheme within our
    community. Your website provided us with valuable information to operate
    on. You may have done a formidable job and our entire community is going to be grateful to you.
    EstelleXPuri recently posted…EstelleXPuriMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge