4 Tips Menyusu Di Tempat Awam

Alhamdulillah Izz dapat menyusu dengan susu ibu sehingga 2 tahun. Malah sehingga kini dah masuk 2 tahun 6 bulan masih belum berjaya wean off. Perjalanan sepanjang penyusuan selama tempoh ini penuh dengan onak duri. Ewaaahh. Tak keterlaluan rasanya kalau saya kata ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu ni memang berjiwa kental. Mesti kena kental. Tahniah ibu! Antara onak duri yang perlu dilalui adalah anak meraung nak susu ditempat awam. Bayangkan tengah beratur kat poslaju, kiri kanan pegang beg plastik sambil babywearing anak tiba-tiba dia menangis nak susu nak susu. Orang ramai pulak time tu. Mari saya kongsikan 4 tips menyusu di tempat awam.

Tips Menyusu Di tempat awam

Izz Az-zahra, my breastfeeding partner.

Persediaan sebelum bawa anak keluar.

Bayi atau kanak-kanak tak sama macam kita orang dewasa. Mereka belum dapat mengawal perasaan mahu. Bila lapar mahu makan. Bila dahaga mahu minum. Bila bosan nak main-main. Bila mengantuk terus tidur. Dan seterusnya. Tak kira di mana, keinginan mereka perlu dipenuhi segera (atau ibu bersedia dengan teriakan). Semakin mereka meningkat usia, perlahan-lahan peribadi baik dapat dibentuk. Untuk mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku, ibu boleh membuat persediaan sebelum keluar rumah.

Sebelum bawa anak keluar, pastikan :

1) anak dalam keadaan bersih dan selesa. Elakkan keluar dengan lampin anak penuh dan hancing.
2) Beri anak makan di rumah terlebih dahulu. Untuk anak yang menyusu badan, beri susu puas-puas di.rumah atau dalam kereta. Bila perut kenyang, kurang meragam.
3) Anak mendapat tidur secukupnya. Bayi yang tidak cukup tidur memang mudah merengek.
4) sediakan bekalan permainan atau buku untuk anak.
5) tempat yang kita nak bawa anak tu ada kemudahan seperti tandas, jika tiada segerakan urusan ibu.

Walaupun dah kenyang, bersih, selesa, dah cukup tidur, anak tiba-tiba minta untuk menyusu juga? Jika urusan ibu belum selesai dan tidak dapat mencari ruang peribadi untuk menyusukan, boleh cuba tips menyusu ini.

menyusu ditempat awam

pic credit to google

4 Tips Menyusu Di Tempat Awam :

1) Gunakan nursing cover untuk menutup apa yang tidak sepatutnya ditunjukkan 😉 Tak perlu beli yang mahal, boleh ubah suai shawl lebar ibu dengan meletakkan butang atau pin. Pastikan cover tidak jarang ok. Hehe nama pun cover kan. Untuk ibu yang ber-babywearing, di sini kelebihannya. Boleh menyusukan anak di dalam gendongan secara rahsia. Sambil berjalan pun boleh 😉

menyusu di tempat awam

tak de apa pun yang nampak kan?
*lagi credit to google

2) Pakai baju yang sesuai untuk menyusukan. Banyak sangat nursing wear dipasaran sekarang. Ini bagi memudahkan ibu untuk buka point penting sahaja. Tak perlu selak baju dari bawah.
3) Jika ada suami atau teman lain, minta tolong mereka mengepung anda sedikit. Ini dapat memberi anda jarak dari orang lain yang tak dikenali.
4) Letak beg atau barang-barang anda disebelah supaya tak ada pulak yang tiba-tiba datang duduk sebelah anda.

Harap tips ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana. Macam mana pun ibu tak perlu risau sangat sebab kebanyakkan tempat sekarang ada menyediakan bilik menyusu.

Klik sini untuk semak makanan penambah susu badan. Semoga bermanfaat.

Ibu-ibu boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan tentang penyusuan bayi. Kita boleh sembang-sembang bertukar ilmu.
SMS / Whatsapp : 012-7917427

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments

  1. DenverNLiska says:

    Definitely feel that that you said. Your chosen justification appeared to be around the net the easiest thing to
    be aware of. I believe that to you personally, I certainly get annoyed while people consider worries they just do not learn about.
    You were able to hit the nail upon the very best as well as defined out the whole thing with out complication , people can have a signal.
    Will probably be back to obtain additional. Thanks
    DenverNLiska recently posted…DenverNLiskaMy Profile

  2. MicahTHoblit says:

    Hi, i read your blog occasionally and i own an identical one and that i was just
    wondering should you get lots of spam remarks?
    If exactly how do you stop it, any plugin or whatever you can recommend?
    I get so much lately it’s driving me crazy so
    any support is incredibly much appreciated.
    MicahTHoblit recently posted…MicahTHoblitMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge