5 Cara Galak Anak Makan Sayur

Eiiiii…sayur? Tak nak!

Biasa tak terjadi situasi macam tu di meja makan? Anak-anak cenderung untuk tidak suka makan sayur-sayuran. Ramai kawan-kawan saya yang mengadu & buntu tentang anak mereka yang langsung tak nak makan sayur.

Alhamdulillah, untuk saya sendiri..Nuha & Izz agak mudah nak makan sayur. Brokoli, carrot, bayam, putik jagung & couliflower antara favorite dorang. Pastinya kena masak rebus atau sup. Sayur goreng2 tak jalan jugak ^_^

Bagaimana Cara Galak Anak Makan Sayur?

Antara 5 cara yang boleh ibu2 praktikkan di rumah :

1. Beri contoh terbaik

Ibu bapa memang idola anak-anak. Biasanya corak pemakanan anak2 banyak dipengaruhi oleh gaya pemakanan ibu bapa. Cuba tengok dalam keluarga anda, suami suka makan sayur tak? 🙂

Untuk memastikan anak suka makan sayur, mulakan tabiat pemakanan yang sihat dengan memilih sayur-sayuran sebagai menu harian. Tunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak.

2. Jadikan aktiviti makan sayur satu yang seronok

Perhatikan kegemaran anak anda. Jika mereka suka watak Upin & Ipin misalnya, boleh bawa watak itu masa makan. Lakonkan konon2 mereka Upin & Ipin dan anda boleh jadi opah atau kak ros. Beritahu Upin & Ipin suka makan sayur. Biasanya kanak2 akan cenderung meniru apa watak yang mereka suka.

Boleh juga main game ketika makan. Katalah anak anda hero yang ada superpower & perlu makan semangkuk bayam untuk dapat kuasa melawan raksasa ^_^ Mesti anak2 seronok dan dalam masa sama habis semangkuk bayam tadi.

3. Libatkan mereka dalam penyediaan makanan

tolong mak masak

Walaupun di rumah ibu bapa ada kuasa veto untuk menentukan semuanya, tak salah beri anak2 pilihan. Contohnya tanya mereka apa kita nak sediakan untuk makan tengah hari nanti. Anda tetapkan peraturan, menu mesti ada karbo,protein, sayuran & buah. Beri mereka pilih jenis2nya.

Ajak mereka sama2 sediakan juadah di dapur. Ini akan membuatkan mereka rasa penting & teruja untuk makan makanan pilihan mereka.

4. Paksa

Setelah 3 cara lembut tak jalan, kita main cara kasar pula. Weeee. Ada penyelidikan yang mengatakan kanak2 yang tidak suka pada sesuatu makanan perlu didedahkan kepada makanan itu sekurang-kurangnya 8-10 kali. Lama kelamaan mereka akan terima.

Sebagai ibubapa tak salah berkeras dalam sesuatu perkara. Saya juga biasa bertindak kejam macam ni. Makan sayur atau lapar. Saya tahu anak2 tak tahan lapar jadi nak tak nak mereka akan makan. Lama2 mereka biasa & tak jadi masalah lagi nak makan sayur. Malah tak cukup2 pulak.

5. Terangkan kebaikan sayur-sayuran

sayur warna-warni

Dari mereka bayi lagi, biasakan explain tentang kebaikan2 makanan yang kita suapkan ke mulut mereka.

Adik makan ni. Sup brokoli ni sedap, banyak khasiat. Ada kalsium yang bagus untuk tulang dan gigi adik.

Ini carrot. Adik mesti suka makan carrot ni. Carrot baik untuk kesihatan mata tau.

Lama-kelamaan mereka akan faham kebaikan sayur-sayuran untuk tumbesaran dan tubuh mereka. Ibu juga boleh sediakan sayur yang berwarna-warni untuk tarik perhatian anak2. Sayur yang sama setiap hari memang membosankan (bukan pada anak je, kita pun bosan :p)

Semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu yang buntu tak tahu nak buat cemana bila anak2 tolak makan sayur. InsyaAllah usaha yang berterusan akan membuahkan hasil. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, boleh kongsi dengan rakan-rakan lain. Sharing is caring gittew 🙂

BACA : Multivitamin penggalak selera makan anak

>> ANAK SEMBELIT SEBAB TAK SUKA MAKAN SAYUR? DI SINI ADA PENYELESAIANNYA

******

Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Anida 012-7917427 jika anda berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

Love,

Anida Ahmad

SID : 869589

Whatsapp / SMS : 012 – 7917427

Email : anida.ae@gmail.com

COD : Mydin Meru / KFC Tasek

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...