5 Tips Pilih Bisnes Part Time Yang Menguntungkan

Ramai yang nak mulakan bisnes part time tapi masih terfikir-fikir apa bisnes yang paling untung sekali. Kalau boleh nak yang dapat duit cepat. 

Yelah, dalam keadaan ekonomi sekarang ni semua pun maklum. Harga barang terus naik. Kos sara hidup terus meningkat. Kita macam cuma ada 2 pilihan, usaha tambah pendapatan atau mereput. Ha sampai macam tu sekali. 

Kenapa saya tak cakap tambah pendapatan atau berjimat? Tengok balik kehidupan kita, ada lagi ke pembaziran? Kalau ada, ya anda kena berjimat. Tapi kalau anda dah habis jimat dah tu pun masih rasa sesak, sempit, terhimpit, nah memang tak boleh tunggu2 lagi. Memang kena cari side income jawabnya.

Untuk yang bekerja makan gaji macam saya, side income maknanya cuba berbisnes part time. Nak cari kerja part time lain lepas balik kerja hakiki memang macam mustahil. Dengan penat, anak, kerja shift pulak tu. Tak sesuai. 

Tapi bisnes part time apa yang menguntungkan? Kena pilih betul2 sebab kita tak nak buang masa. Duit makin tak cukup, tak ada masa dah nak cuba-cuba kalau tak jadi try yang lain.

5 TIPS BISNES PILIH BISNES PART TIME YANG MENGUNTUNGKAN

1. Modal permulaan yang rendah

Ini penting. Kita nak tambah pendapatan bukan nak perabih duit simpanan. Untuk permulaan, cari bisnes part time yang tak perlukan modal atau modal yang minima.

Lupakan tawaran bisnes dihujung jari ke dihujung kuku ke kalau modalnya mencecah ribuan ringgit. Abaikan ajakan pulangan 18 kali ganda dalam sebulan jika borang pinjaman beratus ribu jadi taruhan. Nanti bukan menambah pendapatan tapi jadi menambah hutang. Beban lagi. 

Bisnes apa yang modal rendah? 

Ejen dropship. Modal minima. Ada yang tak perlu modal pun. Cuma iklankan barang jualan ikut pada peraturan pemilik, dapat pelanggan dan terima komisyen.

Tak perlu urus stok. Semua pemilik perniagaan yang buat. Kita cuma cari pelanggan je.

2. Operasi dari rumah atau atas talian (online)

Kenapa pula? Ya lorr..kita ni dah keluar bekerja lebih 8 jam sehari. Kalau yang kerja shift macam saya, lebih 12 jam. Anak2 tinggal kat taska tu sampai jemu agaknya. Belum kira anak yang sekolah lagi.

Kalau kita nak buat bisnes part time yang perlukan kita keluar lagi lepas habis kerja hakiki, bukan kita je penat. Anak2 dan pasangan pun penat sama. Lagipun, itu semua kos. Kos minyak, mungkin juga kos makan minum diluar lagi.

Cuba cari bisnes part time yang boleh dijalankan dari rumah. Sepenuhnya dari rumah. Saya pernah ambil upah insert cable dari rumah. Pengalaman berharga sungguh.

Sekarang ni perniagaan atas talian (online) dah berleluasa. Ambil peluang ni. Jadikan henfon kita sebagai ejen menambah pendapatan. Bisnes online kita boleh buat masa anak2 dah tidur. Bila dah upgrade skill nanti sambil masak pun boleh.

Jadi anak2 tak terabai dan kita pun tak adalah kelam kabut nak berkejar keluar lepas balik kerja kan. 

3. Produk yang sentiasa ada permintaan

Ini juga penting. Kita nak bisnes ni kena pilih produk yang memang orang cari. Bukan semata2 produk yang kita suka. Kalau dapat produk yang kita suka dalam masa sama orang pun duk cari, itu best!

Paling mudah produk makanan. Ekonomi teruk macam mana pun semua orang perlukan makanan. Cuma kita kena bijak memilih, makanan jenis macam mana yang kita nak jual. 

Elak memilih jual makanan rapu, selain bukan keperluan ia juga tak memberi manfaat pada masyarakat. 

Contoh lain, pakaian bayi dan kanak2. Ibubapa memang sentiasa akan beli untuk anak2 mereka. 

Jual makanan tambahan. Kenapa tidak? Setiap hari pemakanan ruji kita semakin hampir tidak berkhasiat atau at least kurang khasiat. Masyarakat hari ini makin sedar betapa peri pentingnya jaga kesihatan dan ambil makanan tambahan untuk kekal sihat.

Lagi tinggi permintaan kalau produk jualan kita tu ada kajian yang lengkap dan bukti keberkesanannya. Semua orang nak sihat dan nak selamat. Jangan terjebak dengan bisnes jual produk merapu macam krim kilo. 

4. Ada mentor

Kan kita tadi tak nak tersilap kan? Tak nak buang masa cuba2 lepas tu habuk pun tak da. Kita nak serious jana side income. Ha, sebab tu kena cari bisnes part time yang ada mentor.

Kalau kita berdegil nak bisnes yang sorang diri, teraba2 sendiri saya takut end up kita fed-up bila tak ada hasil. Lepas tu terpaksa start up yang lain. Penat. Duit pun tak bertambah sedangkan harga petrol terus berubah saban minggu.

Mentor ni dia akan guide kita. Tunjukkan jalan apa yang kita kena buat, macam mana nak buat, pendek kata do’s & dont’s semua mentor ni yang akan beritahu. 

Biasanya mentor bisnes adalah dari kalangan mereka yang dah jalankan perniagaan sama dan dah lalui liku2 dalam perniagaan tersebut. Tugas kita untuk follow je. Belum ada lagi mentor yang tunjuk ajaran sesat, kalau ada tu bukan mentor tu mental namanya.

Bila bisnes yang ada mentor ni, kita jatuh dia hulur tangan untuk kita boleh bangun semula. Tidaklah nanti down tak ada orang like post iklan kita kat fesbuk, kita terus sedih deactivate akaun.

5. Bisnes yang automated

Macam mana tu? Maksudnya bisnes yang boleh bergerak sendiri. Bukan yang kita kena ngadap sentiasa. 

Contohnya hujung minggu kita balik kampung ada kenduri. Tapi order tetap masuk.

Anak sakit masuk wad. Order tak putus2.

Lagi best, kita tengah bercuti round Europe customer still whatsapp nak order itu ini. Dan kita dapat settlekan order customer tu dengan hanya klik klik sahaja.

Macam saya pula, bila time kerja shift pagi memang susah sangat nak adjust masa untuk pergi pos barang. Rehat tengah hari pun susah nak dapat keluar. Tak kan lah saya boleh berbisnes waktu kerja shift malam je, bila shift siang saya cuti bisnes. Hiks. Jawapannya tak. Sebab saya boleh order barang customer secara online dan syarikat akan uruskan penghantaran ke alamat pelanggan. 
Ok. Dah baca 5 tips pilih bisnes part time tu, dah nampak ke bisnes apa yang sesuai?

Saya pilih bisnes Shaklee untuk jana pendapatan tambahan. Alhamdulillah dapatlah tambah2 4 angka sebulan. Oklah daripada tak ada kan? Sekarang saya impikan 5 angka pula.

Bisnes Shaklee ada semua yang di atas.

Memberkit yang baru lebih awesome & infomatif

  • Modal rendah – cuma RM69 untuk daftar ahli.
  • Operasi dari rumah / online – dah banyak bukti yang berjaya jana income dengan Shaklee hanya dari rumah. Siap dapat 6 angka sebulan pun ada. 
  • Produk bagus & permintaan tinggi – kalau tak, tak kan banyak item out of stock khenn.
  • Ada mentor – yang ni, once kita daftar je otomatik kita ada 1 mentor. Tapi biasanya dalam Shaklee ni akan dapat lebih dari 1. Siap sideline apa semua pun sharing & caring.
  • Bisnes automated – semestinya. Dalam grup kami siap ada teknik halimunan lagi. Nak tau apa tu? Meh join kami dulu. Memang tips ekslusif untuk ahli grup kami je tau.

    Nak jana pendapatan tambahan dengan Shaklee? Jom contact saya ANIDA 0127917427. Saya sedia tunjukkan jalannya. 

    😘,

    Nida Ahmad

    Sid : 869589

    Whatsapp : 0127917427

    Cod : Area AEON Ipoh Klebang / Petronas Tasek dan kawasan berhampirannya.

    Pos seluruh Malaysia

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Leave a Reply

    CommentLuv badge