7 Teknik Pernafasan Yang Betul Untuk Bantu Proses Kelahiran Bayi

Assalamualaikum wbt.

Ramai ibu hamil tidak tahu teknik bernafas yang perlu dipraktikkan ni. Termasuk saya. Ya, walaupun dah 2 kali melahirkan saya masih tidak pasti bagaimana teknik pernafasan yang betul untuk kita praktikkan semasa proses kelahiran tu. Yang tahu, nak keluarkan baby cepat2.

Satu hari ada kawan dalam grup whatsapp yang kongsikan teknik pernafasan semasa bersalin. Memang teruja, lebih2 lagi bila beliau melahirkan anak di rumah dengan disambut oleh suami. Sejak itu saya kerap mencari info tentang proses kelahiran & teknik-teknik yang boleh ibu amalkan untuk memudahkan proses bersalin.

7 Teknik Pernafasan Yang Betul Untuk Bantu Proses Kelahiran Bayi :

1. Fikir perkataan Relaks. Ingat ia ada 2 suku kata, ‘re’ dan ‘laks’

Tarik nafas dan fikir ‘re’. Kemudian hembus nafas sambil fikir ‘laks’. Beri tumpuan sepenuhnya. Sebut perkataan ‘re’ dan ‘laks’ seiring dengan nafas.

Semasa hembus nafas, lepaskan semua tekanan yang sedang dialami. Fokus pada otot yang tegang ketika stress. Hembus nafas panjang sambil sebut ‘laaaaaaaaks’. Ingat, fokus pada hembusan nafas.

2. Buat kiraan sambil bernafas

Buat kiraan 1-3 atau 1-4 (atau sebarang nombor yang anda suka) semasa menarik nafas. Seterusnya semasa menghembus nafas, cuba kira 1-3 atau 1-4 juga. Anda akan dapati semasa menarik nafas adalah lebih selesa mengira 1-3 & 1-4 semasa menghembus nafas.

3. Bernafas melalui hidung & lepaskan guna mulut

Tarik nafas melalui hidung dan hembuslah perlahan-lahan melalui mulut.  Buatlah bunyi menghembus nafas seperti oooohhh atau aaaaahhh kerana ia akan melegakan. Semasa proses kelahiran, minum sedikit air masak semasa sela kontraksi bagi mengurangkan kekeringan mulut.

elak menjerit
Untuk ibu muslim, banyakkan istighfar & zikrullah. InsyaAllah akan tenang.

4. Semasa Braxton Hicks

Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan menggunakan mulut.

5. Ketika kontraksi semakin kerap

Sedut nafas pendek-pendek melalui mulut dan hembus cepat-cepat melalui mulut juga. Buat seperti anda tercungap-cungap. Lakukan dalam keadaan tenang & jangan kosongnkan paru2 sebelum menyedut nafas seterusnya.

6. Semasa gesaan meneran

Tarik nafas 2 kali melalui hidung, dan lepaskan melalui mulut. Bila dah takde gesaan meneran lepaskan nafas seperti biasa.

7. Sewaktu tiba masa meneran

Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan melalui mulut juga. Ini untuk mengelakkan bayi yang sudah berada dipintu serviks termasuk kedalam semula.

BACA : PETUA MUDAH BERSALIN AMALAN TURUN MENURUN

Semoga tips pernafasan ini membantu ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi 🙂

Selain teknik pernafasan yang betul, ibu perlu mengekalkan tenaga semasa proses kelahiran. Amalkan set hamil terbaik sedari awal untuk memberi kesihatan yang optimum. Ramai ibu hamil di luar sana yang bersetuju dengan ini. Paling best, ia boleh diteruskan makan sejurus lepas bersalin & menyusukan bayi nanti.

Anda boleh hubungi saya ANIDA 0127917427 untuk pesanan set hamil kegemaran ramai tu 🙂 Semua pelanggan saya akan mendapat konsultasi terbaik mengikut situasi masing-masing.

Bulan ini masih ada lagi peluang untuk mendapatkan Vitalea PERCUMA jika anda mendaftar dan membuat sebarang pembelian pada kali pertama. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan multivitamin tertua di dunia yang berharga Rm94 ni.

 

 

**************

Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Anida 012-7917427 jika anda berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

Love,

Anida Ahmad

SID : 869589

Whatsapp / SMS : 012 – 7917427

Email : anida.ae@gmail.com

COD : Mydin Meru / KFC Tasek

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...