9 Lauk Dalam Pantang Lepas Bersalin Yang Mudah Disediakan

Asalnya saya menaip senarai menu dalam pantang ni untuk rujukan orang sebelah yang bakal menjaga isterinya dalam pantang tak lama lagi. Tapi bila nak save kat document tu terfikir, lebih baik share kat blog, mana tahu bermanfaat untuk orang lain juga ­čÖé

Ini antara menu dalam pantang yang mak saya selalu sediakan. Ada juga yang saya ambil dari sumber buku dan internet.

1. Sawi Masak Bening

Bahan-bahan :

  • Sawi 2 pokok (cuci dan potong)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • sedikit ikan bilis (belah dan bersihkan)
  • sedikit garam

Cara-cara :

  1. Didihkan air bersama bawang putih dan ikan bilis
  2. Masukkan sawi, kecilkan api dan biar sehingga sawi masak.
  3. Perasakan dengan sedikit garam. Siap.

** Sawi boleh ditukar dengan pegaga, lobak putih atau brokoli secara bergilir. Selain berkhasiat, sayuran ini menggalakkan penghasilan susu ibu.

2. Ikan Masak Singgang

Bahan-bahan :

  • Sepotong ikan tenggiri / merah / selar / haruan (cuci bersih)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 1 inci kunyit hidup (hiris)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam

Cara-cara :

  1. Rebus bawang putih, halia dan kunyit.
  2. Bila mendidih masukkan ikan.
  3. Masukkan air asam & perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Tutup api bila ikan masak.

3. Sambal Ketuk Halia

Bahan-bahan :

  • halia (potong dan cuci bersih)
  • bawang putih (goreng tanpa minyak)
  • Sedikit ikan bilis (goreng tanpa minyak)

Cara-cara :

  1. Tumbuk semua bahan hingga lumat.
  2. Simpan dalam bekas kedap udara & boleh makan bersama lauk lain.

4. Sambal Ketuk Ikan Masin

Bahan-bahan :

  • Ikan masin merah / talang / tenggiri
  • Lada hitam

Cara-cara :

  1. Bakar ikan masin atau boleh goreng tanpa minyak
  2. Tumbuk bersama lada hitam hingga lumat.
  3. Sedap makan dengan nasi panas & sayur bening tadi.

5. Sup Ikan haruan

Bahan-bahan :

  • Seekor ikan haruan saiz sederhana (potong dan bersihkan)
  • 1 labu bawang putih (ketuk)
  • 3 inci halia (ketuk)
  • Sup bunjut
  • sedikit lada hitam (tumbuk)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih dan halia.
  2. Masukkan air dan sup bunjut.
  3. Bila mendidih masukkan ikan.
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Tutup api bila ikan masak. Taburkan lada hitam tumbuk.

** Ikan haruan dikatakan membantu untuk menyembuhkan luka bersalin. Tapi tidak digalakkan makan setiap hari. Bawang putih, halia dan lada hitam baik untuk membuang angin dalam badan. Ikan haruan boleh juga tukar dengan ikan lain yang sesuai untuk ibu dalam pantang.

6. Ikan Kerisi Bakar

Bahan-bahan :

  • Seekor ikan kerisi (buang perut dan cuci bersih)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 3 inci kunyit (tumbuk)
  • sedikit garam
  • Daun kunyit / aluminium foil untuk balut

Cara – cara :

  1. Lumur bahan tumbuk pada ikan
  2. Balut dengan daun kunyit / aluminium foil
  3. Bakar dalam oven / pemanggang ajaib / dalam kuali pun boleh.

7. Sambal Tempe

Bahan-bahan :

  • 1 keping tempe (potong nipis)
  • Sebiji bawang saiz sederhana (hiris nipis)
  • Segenggam ikan bilis (belah dan bersihkan)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

  1. Goreng tempe, ikan bilis dan bawang satu persatu.
  2. Tumbuk kasar ikan bilis (jangan sampai lumat)
  3. Dalam kuali, campurkan kesemuanya dan kacau rata hingga sebati. Tak perlu letak garam kerana ikan bilis dah beri rasa masin lemak.

8. Daging Black Pepper

Bahan-bahan :

  • Daging (hiris nipis dan bersihkan)
  • segenggam lada hitam – tumbuk
  • 3 ulas bawang putih -tumbuk
  • 1 inci halia – tumbuk
  • 1 biji bawang merah – tumbuk
  • 1 inci kunyit (tumbuk) / sedikit kunyit serbuk
  • sedikit tepung jagung
  • garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :

  1. Jika guna kunyit hidup, tumbuk asing. Gaul bersama daging.
  2. Masakkan daging dalam kuali tanpa minyak (air daging akan keluar). Masak sampai daging empuk.
  3. Tumis bahan tumbuk sampai naik bau. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan daging, kacau mesra.
  5. Bancuh sedikit tepung jagung dengan air & masukkan ( nak bagi kuah pekat).
  6. Perasakan dengan garam. Siap.

9. Sup Ayam Kampung

Bahan-bahan :

  • 3┬áketul ayam kampung yang siap dibersihkan
  • 1 labu bawang putih – ketuk
  • 3 inci halia – ketuk
  • sup bunjut
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • sedikit rempah 4 sekawan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :

  1. Rebus ayam bersama bawang putih, halia dan sup bunjut.
  2. Dalam kuali berasingan, gorengkan bawang merah dan rempah 4 sekawan dengan sedikit minyak.
  3. Bila ayam empuk, masukkan bahan gorengan. Kacau mesra.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Jika suka boleh tabur lada hitam tumbuk ketika makan.

** Boleh guna ayam kampung atau ayam organik atau ayam yang dibela tanpa suntikan. Kalau boleh elakkan makan ayam pasar yang biasanya dibela dengan suntikan hormon tumbesaran.

TIPS MUDAH :

tempe goreng

Sebelum bersalin ibu boleh sediakan lauk kering untuk simpanan. Ia memudahkan ibu, dan boleh dimakan bila-bila masa bersama nasi panas atau bubur nasi.

Antara yang boleh di simpan lama macam ikan bilis goreng tanpa minyak / bakar dalam oven. Kisar kering. Simpan dalam bekas kedap udara.

Tumbuk lada hitam dalam kuantiti yang banyak. Simpan.

Lauk kering ni boleh jadi ‘penyelamat’ kalau tiba2 tak sempat masak ke atau dah lewat. Ingat tau, ibu dalam pantang tak boleh skip meal & jangan makan lewat-lewat.

Buah-buahan macam epal atau oren pun masukkan dalam list menu tau. Wajib makan buah setiap hari ya.

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang bakal berpantang, lebih-lebih lagi yang berpantang sendiri.

Nak cepat sihat & bertenaga sepanjang berpantang? Boleh cuba Set Pantang Shaklee. Boleh diambil sejurus melahirkan dan diteruskan sehingga habis pantang.

Hubungi saya (ANIDA 012- 791 7427) kalau nak cuba. Pengalaman saya berpantang dengan set pantang Shaklee memang best. Badan bertenaga, luka cepat sembuh, susu badan pun meriah.

Selamat berpantang,

Anida

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

216 thoughts on “9 Lauk Dalam Pantang Lepas Bersalin Yang Mudah Disediakan

  1. Frequently monitor radio, TELEVISION, NOAA Climate Radio, or hurricane Hotline telephone numbers for official
    publications of the tornado’s progression.
    Margie recently posted…MargieMy Profile

  2. Neighborhood officials may fold specific roadways, specifically near the coastline, when the external results of
    boosting wind and also rainfall from a cyclone reach the coastline.
    Sherlyn recently posted…SherlynMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge