Ayam Goreng Kunyit Sedap Dan Senang

Menu Ayam Goreng Kunyit ni paling senang. Sedap pula tu. Anak-anak pun suka. Dorang panggil ayam masak minyak😁

Masak lauk ni, tak payah masak lain dah. Bubuh sayur siap2 dalam tu. Masak nasi je. 

Nak pedas nanti masa makan pecahkan cili api tu dekat pinggan masing2.

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam. Potong kecil dan cuci.

1 batang carrot – hiris panjang

1 cekak kacang buncis – potong dua

1 biji bawang besar – hiris

Halia – hiris

Cili api ikut suka nak banyak mana – ketuk sikit kalau nak pedas. Kalau tak, biar sebiji sebiji.

Garam secukup rasa

Kunyit / serbuk kunyit secukupnya

1 sudu besar sos tiram

Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya :

1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit secukup rasa. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan bolehlah goreng ayam tadi. Goreng jangan garing sangat.

3. Dah siap goreng ayam, keluarkan minyak menggoreng tu, tinggalkan suku untuk tumis bahan2 hiris tadi.

4. Tumis halia, bawang, carrot, kacang buncis dan cili. Masukkan je semua serentak dan kacau goreng sampai layu. Bila carrot dah lembut sikit, masukkan sos tiram. Tak perlu tambah garam atau apa2 lagi dah. 

5. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul mesra. Tutup api. Siap!

Hidang dengan nasi panas yang peroi. Fuhh. Terus teringat zaman student dulu manjang makan nasi ayam kunyit, bawang lebih. Ahahah.

Menu ni sesuai untuk hidangan ringkas. Atau kalau balik kerja 1 family dah lapar masak ni je memang boleh bertambah-tambah makan.

Selamat mencuba.

Nida

012 791 7427

Sid : 869589

Cod area Aeon Ipoh Klebang

Pos seluruh Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge