Bihun Goreng Simple Tapi Dijamin Sedap

Sebenarnya saya rasa macam kelakar pulak nak share pasal bihun goreng ni ^_^ Memang simple sungguh tapi dijamin sedap.

Kelmarin saya ada share gambar bihun ni kat fb, tak sangka ada sorang kawan yang komen terima kasih sebab dah cuba & sedap katanya. OMG. Memang ada orang yang perlukan resipi2 simple macam ni ka

komenbihun

Lepas baca komen ni saya terfikir tak mustahil ada orang memang gugel resipi bihun goreng simple. Nah ni resipi bihun goreng gondol yang sedap.

 

Bahan-bahan :

  • Bihun 1 peket – cuci dan rendam
  • Bawang saiz sederhana sebiji*
  • Segenggam ikan bilis*
  • Segenggam udang kering / udang geragau*
  • 1 ulas bawang putih – diketuk
  • 5-10 biji cili padi*
  • telur sebiji
  • garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, tumis bahan kisar. Kacau sampai agak masak.
  3. Masukkan telur. Kacau.
  4. Masukkan bihun. Gaul mesra.
  5. Masukkan air garam. Tambah air kalau bihun agak keras.
  6. Biarkan sekejap. Kacau lagi sampai bihun masak.
  7. Siap.

Hehehe..memang kosong je bihun goreng ni, tu yang bagi nama bihun gondol. Bolehlah masak macam ni bila dalam peti ais kehabisan haiwan2 & sayuran yang sesuai nak diregukan dengan bihun tu kan. Rahsia bihun goreng nak sedap memang ikan bilis blend je 🙂

Cubalah!

********

Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Anida 012-7917427 jika anda berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

Love,

Anida Ahmad

SID : 869589

Whatsapp / SMS : 012 – 7917427

Email : anida.ae@gmail.com

COD : Mydin Meru / KFC Tasek / AEON IPOH KLEBANG

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...