Bisnes Sambilan Memerlukan Fokus Sepenuhnya Untuk Berjaya

Saya kenal Shaklee semasa tekun menelaah tentang penyusuan susu ibu. Mula makan Shaklee bila disahkan hamil anak kedua. Tapi yang betul2 buat jatuh cinta dengan vitamin Shaklee ialah semasa makan set pantang.

Dipendekkan cerita, saya daftar ahli. Masa daftar tu saya tak tahu pun Shaklee ni menjalankan perniagaan secara MLM. Atau sekarang kita panggil network marketing (NW). Yelah, masa tu upline saya tak pernah pun cerita2 macam MLM yang saya biasa dengar tu.

Dalam grup upline, cuma ada penerangan produk, tips sharing, langkah-langkah mulakan bisnes, cara buat blog, kaedah dan tatacara reply customer, cara mengorak prospek dan topik-topik berkaitan. Tak ada pun suruh cari orang, suruh tabur bintang bulan (kan MLM selalunya camtu kan?).

Saya mula kongsi kebaikan vitamin Shaklee di facebook ketika dalam pantang anak kedua. Asbab vitamin Shaklee, dalam pantang badan bertenaga jadi siang hari sementara baby tidur saya menggodek blog. Lahirlah blog mempromosi Shaklee ketika itu.

Waktu dalam pantang tu juga saya dapat customer pertama yang nak beli Set Penyusuan. Dia punya happy tu sampai termimpi2 jadi jutawan Shaklee tau.

Bermulalah kehidupan saya sebagai Pengedar Shaklee Ipoh. Masa tu on off je semangat saya. Ada bulan yang dapat jualan, ada yang tak ada.

Tapikan, ada sesuatu yang pelik. Walaupun kadang2 tak dapat sales, saya tak ada rasa nak tinggalkan bisnes Shaklee ni. Saya seronok berada dalam grup sahabat-sahabat yang positif dari pelbagai sudut. Ukhuwah yang terjalin sangat masuk kehati.

Sesi coaching geng Ipoh bersama Master Lyna, anak2 memang dialu-alukan dalam aktiviti bisnes Shaklee.

Dalam pada serius-tak serius tu grup saya berkembang juga sikit. Ada kawan-kawan yang register ahli under saya. Strangers pun dah mula jumpa saya di google. Macam tak sangka. Dan ramai juga yang contact saya hasil dari rekemen oleh kawan dorang.

Akhirnya, closing bulan Oktober 2014 saya berjaya naik rank Supervisor. Rank pertama dalam Shaklee sebagai leader. Ada 7 tangga (rank) dalam Shaklee untuk sesorang SID daki sampai naik Master.

Penat lelah bersengkang mata berbaloi. Bila naik rank Sv, bonus mencapai 4 angka. Memang membantu sangat dalam urusan kewangan keluarga. Yelah, kami suami isteri bergaji kecil, bila boleh buat side income mencecah 4 angka sebulan memang syukur sangat.

Bimbingan dari upline tak pernah putus. Walaupun dah leader, sesi coaching tetap berjalan. (Makin banyak rasanya).

Saya bekerja sebagai seorang technician di kilang elektronik. Ya, kerja shift 12 jam. Bila masa saya mengurus bisnes sambilan ni?

Dekat kilang, handphone memang simpan dalam locker. Waktu rehatlah saya nak update promo di facebook dan reply whatsapp customers. Ini kalau kerja shift pagi.

Saya suka shift malam. Hehe. Sebab siangnya saya boleh COD vitamin kalalu ada permintaan. Boleh ke poslaju untuk pos barang customer. Ya, dulu2 sebelum ada sistem online, barang kena pos sendiri. Beli di branch dan bungkus sendiri pos ke alamat customer. Ingat lagi dulu kalau nak order atas talian, guna email atau kena call pihak Shaklee. Untung sangat sekarang semua klik2 dihujung jari.

Bila masa saya mengerjakan bisnes Shaklee ni?

Balik kerja saya uruskan rumah, anak-anak dan buat aktiviti wajib macam biasa. Saya buat kerja Shaklee bila anak2 dah tidur. Atau kadang-kadang mereka belum tidur tapi suami jaga dorang.

Waktu malam tu sebolehnya saya schedulekan post untuk esoknya. Guna application Buffer je. Entri blog pula kena siap-siapkan tajuk lebih awal. Ini untuk mengelakkan terlalu banyak fikir tapi satu pun tak gerak. Tidur paling lambat bangun paling awal dah jadi rutin biasa.

Banyak yang saya dapat dari bisnes Shaklee ni. Dengan rasa syukur dan kesedaran itu, saya mula berazam untuk bimbing ahli di bawah susur galur saya mendapat info yang betul tentang bisnes ini. Mereka juga mampu untuk jana income stabil dengan Shaklee.

2017 menunjukkan sinar dalam bisnes Shaklee saya. Walaupun saya pernah buat silap, saya tak akan mengaku kalah. Saya akan terus mengorak langkah memburu kejayaan.

Anak Shaklee dapat jemputan ke Shaklee Motivation Rally, akan menerima pengiktirafan sebab naik rank.

Tahun ini juga anak Shaklee saya berjaya capai rank Supervisor. Rasa nangis. Semua rasa ada. Terharu sangat bila anak bisnes kita berjaya capai income yang dia impikan hanya dari rumah. Beliau buktikan yang surirumah pun mampu jana income macam bekerja.

Kisah-kisah sembuh dari masalah yang dihadapi sekian lama pun merupakan kejayaan besar bagi saya. Bila ada customer yang beri feedback kata vitamin yang mereka ambil tu serasi dengan badan mereka, saya gembira. Gembira dapat tolong orang untuk hidup lebih sihat.

Semua orang ada kisah dan struggle masing-masing. Kalau anda nak cuba bebaskan diri dari belenggu kesempitan, boleh cuba bisnes Shaklee. Modal tak sampai RM100, tapi kalau dikerjakan degan bersungguh boleh dapat income beratus kali ganda dari modal.

Saya buka peluang untuk yang nak mula menjana pendapatan hanya dari rumah.

Kalau anda memang dah lama berkira-kira nak join ke tidak, sekaranglah masa paling sesuai nak daftar keahlian dan rasai sendiri bendefit.

Hubungi saya, Anida 0127917427 umtuk sama2 sertai saya mencipta kejayaan dalam bisnes Shaklee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge