Buat Sendiri Nugget, Senang Dan Sedap!

Selepas sosej buatan rumah, sekarang kita buat nugget pulak. Buat sendiri nugget kat rumah, senang dan sedap. Boleh makan tanpa was-was. Anak-anak pun boleh ikut makan tanpa kita perlu risau pengawet, perisa tambahan dan segala maknek msg 🙂

Meh tengok resipi. Resipi ni saya dapat dari blog si cantik manis Eray tapi telah diderhakakan mengikut suka hati ^_^

Bahan-bahan :

Dada ayam 4 ketul* – cuci bersih

1 Bawang besar (saiz sederhana)*

3 ulas bawang putih*

2 sudu tepung gandum

1 sudu tepung jagung

1 biji tomato – potong dadu halus

2 helai daun sup – racik halus

sedikit garam

sedikit gula

sedikit  serbuk lada hitam

buat nugget sendiri di rumah

kisar-kukus-potong-goreng. Senang & sedap!

 

Cara- cara :

1. Panaskan pengukus. Kisar bahan bertanda * (kalau ada food processor boleh guna, tapi saya takde so guna blender. Isi air sikit je sekadar untuk bagi blender tu boleh pusing).

2. Masukkan semua bahan lain dalam mangkuk & gaul bersama bahan kisar. Gaul sebati.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang / bekas untuk mengukus. Padatkan sedikit. Kukus selama 10-15 minit.

4. Bila dah masak, sejukkan dan boleh dipotong ikut suka. Nak tekap ikut bentuk kegemaran anak-anak pun boleh.

5. Sedia untuk digoreng. Kalau ada lebih boleh simpan dalam peti beku, bila-bila nak boleh goreng lagi.

 

Tips Menggoreng Nugget :

Boleh salut dengan tepung tempura (buat sendiri je), atau nestum, oat, serbuk roti dan sebagainya yang anda suka. Bancuh tepung macam nak goreng pisang tu pun sedap.

Pecahkan telur & celup nugget dalam telur. Kemudian golekkan dalam tepung / nestum / oat / serbuk roti pilihan anda. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Memang yummeh!

* Bahan-bahan campuran dalam nugget tu pun anda boleh pelbagaikan ikut suka hati masing-masing. Kalau nak letak cheese, masa nak kukus tu isi dulu 1 lapis kemudian susun cheese atas dia dan lapiskan lagi dengan adunan. Mesti leleh!

Jangan lupa bakar lelemak lepas makan nugget ^_^

 

Selamat mencuba!

 

Best Regards,

anida logo

Anida Ahmad

SID : 869589

SMS / Whatsapp : 012 7917427

COD : Mydin Meru – Tesco Extra Ipoh – Pos Seluruh Malaysia

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments

  1. RaymondHEade says:

    An outstanding share! I have just forwarded
    this onto a friend who has been conducting a little research on this.
    And he in fact ordered me lunch because I found it for him…
    lol. So let me reword this…. Thank YOU for the meal!! But yeah, thanks for spending time to talk about this topic here on your blog.
    RaymondHEade recently posted…RaymondHEadeMy Profile

  2. GayOManigold says:

    I used to be pretty pleased to get this site.
    I needed to many thanks for your time just for this fantastic read!!

    I definitely enjoyed every amount of it and so i have you saved being a favorite to consider
    new things on your website.
    GayOManigold recently posted…GayOManigoldMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge