Cara Buat Homemade Playdough, Semudah ABC

Masa kecik-kecik dulu dapat main playdough ni memang seronok sangat. Kat tadika, setiap hari Khamis lepas sesi hafazan surah lazim adalah sesi bermain! Boleh pilih nak main kat luar (playground) atau nak indoor. Masa tu saya rasa playdough atau tanah liat ni mainan orang kaya. Dapat main kat sekolah tu memang teruja tau. Nak beli sendiri memang tak dapatlah, emak ada banyak lagi benda yang lebih pririoriti untuk dibeli. Kalaulah emak tahu yang boleh buat homemade playdough ni mesti emak dah buat berkilo-kilo untuk kitorang main. Itu kalaulah 😉 Tapi sekarang Nuha tak perlu nak berkalau-kalau dah. Sebab umi dah berjaya buat homemade playdough ni. Yang bestnya bahan-bahan untuk buat homemade playdough ni semua bahan yang boleh dimakan, gunakan tanpa was-was gittew!

1 adunan akan dapat lebih kurang sebesar lengan dewasa.

Ok meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat homemade playdough ni :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan garam halus
  • 2 sudu minyak sayuran (saya guna minyak sawit tu je)
  • 1 cawan air
  • Pewarna makanan (ikut suka nak warna apa)

** Ni resipi paling mudah, semudah ABC 🙂 Ada jugak yang campur cream of tar-tar, ada jugak yang kena masak atas api. Tapi resipi saya nak tunjuk ni, tak perlu. Kita uli-uli je. Semudah ABC kan 😉

Cara- cara :

  1. Campurkan tepung dan garam dalam 1 bekas. Gaul bagi sebati.
  2. Masukkan minyak dan gaul hingga sebati.
  3. Tuang air sedikit demi sedikit sambil uli adunan. Uli sehingga betul-betul sebati. Sukatan air ikut kelembutan adunan yang anda inginkan.
  4. Bila dah sebati dan doh boleh dicanai, masukkan sedikit pewarna makanan. Uli lagi hingga pewarna sebati dengan doh.
  5. Siap! Dah bolehlah berimaginasi dengan anak-anak. Pastikan simpan playdough ni dalam bekas bertutup untuk tahan lebih lama.

** Anda boleh bahagikan adunan untuk warna yang berlainan atau boleh buat beberapa adunan lain untuk warna yang berlainan 🙂

playdough bulat
Setiap bahagian (bulat) tu boleh diwarnakan dengan warna berlainan. Saya ada pewarna hijau je masa buat ni *peace*
playdough hijau
Pokok duit, kata Nuha

Bestkan? Kini, playdough bukan lagi mainan bahaya untuk anak-anak kita. Tahu jelah bila beli yang kat pasaran tu segala makneka chemical bahaya ada dalam tu. Lagi satu, yang homemade ni tak kotorkan rumah tau. Katalah anak anda main melekat-lekat kat lantai, senang je nak tanggal. Bukan tu aje, ia tak de bau yang memeningkan kepala tu. Dengan penyimpanan yang betul, homemade playdough ni boleh tahan berbulan-bulan tau.

Ok, dah boleh p dapur selongkar bahan-bahan untuk mula menguli 🙂

Selamat mencuba ibu!

Risau anak sering selesema? Boleh cuba ini untuk tingkatkan imun anak anda.

call to action

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

47 thoughts on “Cara Buat Homemade Playdough, Semudah ABC

  1. I loved as much as you’ll receive carried out right here.
    The sketch is tasteful, your authored material stylish.

    nonetheless, you command get got an impatience over that
    you wish be delivering the following. unwell unquestionably come further formerly again as exactly the same nearly very often inside case you shield this increase.
    subliminalx recently posted…subliminalxMy Profile

  2. Technology journalists Chris Brook and Brian Donohue
    review Google I/, the Internal Revenue Service as well
    as Carefirst BlueCross BlueShield Data Breach
    in this Talk Safety podcast.
    Tawanna recently posted…TawannaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge