Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Baju Putih Tanpa Perlu Guna Peluntur

Kali ni nak cerita tentang basuh baju pulak. Maklumlah sejak Nuha dah masuk darjah 1 ni, kena sental baju sekolah putih tu ^_^

Nak pulak kalau Nuha balik sekolah gaya macam balik berkebun. Meh nak share cara hilangkan kotoran degil pada baju putih.

Elakkan Guna Peluntur

peluntur
**gambar dari google

 

Kalau ibu-ibu nak guna peluntur untuk mudahkan kerja mencuci baju putih, memang boleh. Tapi nanti baju pun mudah reput. Baru pakai sebulan dua baju dah tetas. Sayang wooo.

Kadang-kadang anak kita ni balik sekolah dengan kesan kotoran tak disangka-sangka pada baju. Mulalah ibu nak bertukar jadi hulkhogen, balik kerja dah memang letih malam nak menyental baju sekolah pulakkan. Nak simpan sampai hujung minggu? Memang terus ‘tersimpan’ jelah kesan kotoran tu nanti.

Antara Kotoran Yang Biasa & Petua Untuk Hilangkannya :

1. Kesan kotoran terkena minyak

Sapu sedikit marjerin pada kesan tompokan minyak. Biarkan sekejap. Kemudian berus seperti biasa. Boleh juga gunakan bedak debu dan tuang di tempat terkena minyak. Nanti bedak tu akan serap minyak & bolehlah basuh baju seperti biasa. Tapi awas, saya pernah dengar ada yang kata kalau dah kena air, petua bedak ni tak berkesan lagi.

2. Kesan kotoran terkena dakwat

Gunakan cuka untuk menghilangkan dakwat pada pakaian. Tuangkan cuka pada kesan kotoran, biarkan selama 5 minit. Kemudian gonyoh-gonyoh bahagian yang kotor tu sehingga dakwat keluar sepenuhnya. Basuh dengan sabun seperti biasa.

limau nipis cuci baju

Boleh juga tabur garam halus & perahkan limau nipis pada kawasan yang terkena dakwat. Rendam sekejap. Kemudian cuci seperti biasa.

3. Kesan kotoran terkena darah

Pengalaman sendiri masa sekolah dulu, memang nak nangis bila baju terkena kesan darah. Lagi-lagi kalau darah datang dari jari yang terkena pisau masa asah pensel, lepas tu balik hostel nak menyental baju pulak.

garam

Antara petua yang popular kat hostel masa tu, basahkan bahagian yang terkena darah kemudian tuang garam halus banyak-banyak. Beruslah sampai hilang kesan darah tu.

Ada juga yang tuang air coke pada baju yang terkena kesan darah tu. Atau boleh gonyoh sabun mandi jenis ketul pada kesan tompokan darah dan berus hingga kesan kotoran hilang. Bilas macam biasa.

4. Kesan kotoran akibat peluh

Ini kesan kotoran paling win! Bukan kata baju sekolah anak je, baju kerja ibu ayah pun mesti ada kesan peluh-peluh. Kadang-kadang kita terlepas pandang. Tengok baju macam tak de kotoran degil, kita pun masuk dalam mesin basuh dan serahkan kerja mencuci pada mesin basuh ^_^

Tapi lepas tu bila nak pakai semula kemudian, kita ada rasa baju macam tak ‘bersih’ sepenuhnya.

Sebelum ni saya memang ambil masa yang lama untuk settlekan masalah peluh pada baju. Rendam guna sabun, tenyeh guna sabun mandi, rendam guna *serbuk pink lupakan yang lain* kadang-kadang hilang, kadang-kadang sama je hasilnya. Hmmm.

Sampailah 1 masa tu saya try Fresh Laundry dari Shaklee. Wow! Rendam sekejap baju dan genyeh-genyeh sikit kat kolar (kemeja kerja suami) lepas tu basuh je macam biasa. Blink! Kesan kotoran hilang. Basuhan berbau segar! Dia tak bau wangi tau, dia bau segar.Memang best.

Sidai malam hari (tanpa matahari) pun baju tak berbau hapak. Ini paling best. Yelah, saya sebelum ni kerja shift jadi waktu menyidai baju pun ikut shift 🙂 Hehe sekarang ni pun sidai baju waktu malam jugak. Tak pe, yang penting baju kering sempurna dan tak berbau hapak.

cara hilangkan kotoran pada baju

Mahal ke Fresh Laundry ni? Haih. Lebih kurang RM1 je untuk 1 cucian tau. Dapat baju yang bersih, berbau segar, tanpa kandungan bahan kimia, kalau tak nak jaga alam sekitar pun yang pasti jaga badan kita sendiri. Memang berbaloi-baloi tau.

Berminat nak cuba? Anda boleh hubungi saya ANIDA 0127917427. Kalau nak lebih jimat boleh buat pilihan untuk jadi ahli Shaklee dan nikmati diskaun sehingga 20-25% untuk setiap barangan yang anda beli. Tak pe, jadi ahli untuk guna sendiri pun berbaloi, tiada yuran tahunan diperlukan 😉

Jom jom putihkan baju sekolah anak. Biar yang putih kekal putih!

 

Anida Pengedar Shaklee Ipoh

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

58 thoughts on “Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Baju Putih Tanpa Perlu Guna Peluntur

  1. Greetings from Carolina! I’m bored to tears at work so I decided to browse your website
    on my iphone during lunch break. I enjoy the knowledge you present here and can’t wait to take a look when I get
    home. I’m surprised at how quick your blog loaded on my
    cell phone .. I’m not even using WIFI, just 3G ..
    Anyhow, great site!
    https://s3-us-west-2.amazonaws.com/ recently posted…https://s3-us-west-2.amazonaws.com/My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge