Cara Mengira Waktu Subur Yang Berkesan Untuk Cepat Hamil

Secara umum, pasangan yang berkahwin mahukan anak sebagai penyeri rumahtangga. Mungkin ada yang tak nak, tapi tu cerita lain. Hari ni saya nak kongsikan tentang cara mengira waktu subur bagi wanita, yang dapat membantu dalam usaha untuk hamil.

Siapa Yang Mandul

keputihan

Masyarakat biasanya hanya menuding jari pada wanita (isteri) bila satu-satu pasangan tu tak memperolehi anak lagi. Walaupun urusan anak ni memang kerja Allah, kadang-kadang ada yang terlupa. Soalan demi soalan diajukan kepada pasangan berkahwin yang belum ada zuriat lagi.

Ada kawan saya sampai malas balik kampung. Sebab tak ada anak. Jemu dengan soalan bertubi-tubi dari keluarga dan jiran.

Isu kesuburan sebenarnya melibatkan kedua belah pihak, suami dan isteri. Sebaiknya pasangan suami isteri mendapatkan nasihat dan rawatan dokor tentang masalah yang mereka hadapi.

Haid Tidak Teratur Punca Isteri Tidak Subur

Waktu subur wanita boleh dikira mengikut kitaran haidnya. Kitaran haid yang biasa adalah sekitar 28-30 hari. Jom kita belajar cara kira hari subur ni, dengan mengetahui hari subur yang betul peluang untuk hamil semakin cerah.

4 Fasa Kitaran Haid

FASA 1 : HARI 1 – 7 ~ PENGELUARAN HAID (menstruation)

Tanda pada kalender hari pertama datang haid. Hari pertama sangat penting kerana hari inilah kitaran haid kita bermula. Sebaiknya tanda hari pertama sehingga habis haid, tanda untuk beberapa bulan berterusan. Ini bagi memastikan berapa hari kitaran haid kita setiap bulan.

FASA 2 : HARI 8 -11 ~ Follicular

Hormon estrogen mula meningkat pada fasa ini. Pada fasa follicular ini, darah mula berkumpul dan menebal di dinding rahim untuk persediaan kehamilan. Telur pula semakin matang pada ketika ini.

FASA 3 : HARI 14 ~ Ovulasi

sprema

Ini hari paling penting. Pada hari inilah telur akan keluar daripada sarangnya kerana peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Proses ini disebut ovulasi. Telur yang keluar ini jika disenyawakan, ia akan turun melalui tiup falopio ke rahim. Jika tidak disenyawakan ia akan mati dan hilang.

FASA 4 : HARI 15 – 28 ~  Luteal / Secretory

Selepas proses ovulasi, hormon progesteron akan dirembes daripada sarang. Pada masa ini dinding rahim akan menebal. Jika tiada persenyawaan berlaku,paras progesteron akan menurun dan ini akan menyebabkan dinding rahim runtuh. Proses ini akan mengalami kitaran pada hari 1 semula.

Waktu Bila Paling Sesuai Bersama?

Bagi pasangan yang berusaha untuk hamil, dicadangkan untuk bersama pada hari ovulasi. Ini kerana pada hari tersebut, telur baru sahaja keluar daripada sarangnya. Hari ovulasi ni lebih kurang 14 hari dari hari haid seterusnya.

Ia boleh dianggarkan begini :

Jika kitaran haid anda 28 hari, maka 28 – 14 = hari ke 14 adalah hari subur

Jika kitaran haid anda 30 hari, maka 30 – 14 = hari ke 16 adalah hari subur

Jika kitaran haid anda 35 hari, maka 35 – 14 = hari ke 21 adalah hari subur

Ini kerana, pada kebiasaan fasa luteal adalah tepat 14 hari dari tarikh berlakunya ovulasi, sedangkan fasa follicular boleh berubah-ubah. Hal ini tak jadi masalah kalau kitaran haid anda adalah 28 hari. Sebab hari ke 14 adalah hari subur anda.Tapi kalau kitaran haid anda berubah-ubah, agak sukar untuk menentukan hari subur.

Jangan risau. Bagi anda yang mengalami kitaran haid tidak teratur, anda boleh cuba amalkan GLA Complex Shaklee untuk membantu stabilkan hormon & betulkan kitaran haid. Anda boleh hubungi saya ANIDA 0127917427 untuk sebarang pertanyaan dan pesanan. Jangan tunggu sampai esok!

GLA Complex

Kita berdoa dan berikhtiar. Allah jua yang memberi rezeki dan keizinan.

Di sini saya kongsikan video seorang wanita, isteri dan ibu yang dapat meyelesaikan masalah haid tidak teraturnya dengan mengamalkan produk Shaklee, dengan izin Allah tentunya. Jom tonton..

 

Semua pelanggan kami akan mendapat konsultasi PERCUMA seumur hidup dan tips-tips kesihatan berterusan. Jom sertai kami.

anida logo

Anida Ahmad
ID : 869589
SMS / Whatsapp : 012 7917427
COD : Tesco Ipoh – Mydin Meru – Taman Dr. – kawasan sekitarnya. Pos ke seluruh Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

82 comments

  1. Nell says:

    Earlier than you allow, clean up any messes, you have made
    at your site and take a look at your finest to leave
    nature as you originally discovered it.
    Nell recently posted…NellMy Profile

  2. Rebbeca says:

    Another major difference between the two is that while
    PPC is a paid form of advertising, organic search engine optimization is absolutely free.

    The trends in this industry change and new developments take place only when Google comes up with some novel feature that ends up
    breaking every site’s SEO and compels them to consider a change in their current content presentation in order to do
    well. Unlike TV, radio and other traditional marketing channels that need big budgets to
    be effective, SEO can be cost effective. A reputable SEO company
    won’t have any qualms about connecting potential clients with former ones.
    Rebbeca recently posted…RebbecaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge