Cara minum air masak 8 gelas sehari ketika berpuasa

Kita selalu diingatkan untuk minum air masak 8 gelas sehari. Ada juga yang kata sekurang-kurangnya 3 leter sehari. Tapi sekarang ni bulan puasa, macam mana nak minum air banyak2 masa puasa kan.

Kenapa agaknya sibuk sangat nak sukat air masak sampai 3L atau 8 gelas bagai. 

1) Awet Muda

Betul ke banyak minum air masak boleh awet muda? 😘 Air masak diperlukan oleh badan kita untuk proses detoksifikasi. Minum air masak dipagi hari menggalakkan proses pembuangan toksin dan racun dalam darah. Bila dah detoks, badan pun segar sihat dan nampak awet muda.

2) Kurangkan Rasa Lapar

Kadang2 kita ni walaupun dah makan ikut mealtime, masih juga lapar. Ha masa ni lah kalau ada ambil suplemen, suplemen yang jadi mangsa – punca kuat makan. Sedangkan sebenarnya kurang minum masak. 

3) Mudah Buang Air Besar

Untuk orang yang sering sembelit, minum ai masak segelas di pagi hari boleh membantu melancarkan proses pembuagan. Badan rasa lebih ringan

4) Tingkatkan metabolisme badan

Meminum air masak yang mencukupi sebagaimana keperluan badan, dikatakan dapat meningkatkan metabolisme badan. Sekaligus boleh membantu menurunkan berat badan seseorang.

Berbalik pada isu macam mana nak cukupkan minum air masak masa puasa? 

Jom tengok gambar ini.

Kredit to KKM 

Jadual minum air masak 8 gelas semasa berpuasa

🍹1 gelas selepas bangun sahur

🍹1 gelas selepas makan sahur

🍹1 gelas selepas Azan Maghrib

🍹1 gelas selepas solat Maghrib

🍹1 gelas selepas makan

🍹 1 gelas selepas solat Isyak

🍹 1 gelas selepas solat terawikh

🍹1 gelas sebelum tidur

Tahniah! Dah cukup 8 gelas. Senang je kan. Kalau saya pula suka isi dalam botol siap2. Katalah nak minum 3 liter sehari, so dari berbuka tu sampai sahur saya minum dari botol tu. 

Yang pentig kita ingat nak minum air masak dan jadikan kelaziman. Minum air manis boleh, tapi cukuplah segelas dua. Dan pilihlah pemanis dari sumber yang sihat.

😘,

Nida Ahmad

Sid : 869589

Whatsapp : 0127917427

Cod : area Aeon Ipoh Klebang / Petronas Tasek dan kawasan berhampiran

Pos : seluruh Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge