DIY : Resipi Mudah Buat Sosej Sedap & Bebas Pengawet

Dah lama duk kumpul resipi home made sausage, homemade nugget, homemade fishcake, homemade keropok lekor dan macam-macam lagi. Pendek kata semua nak homemade (kalau boleh). Kesedaran tentang banyaknya bahan pengawet dan perasa dalam makanan segera yang sedap tu menyebabkan saya rasa perlunya kebolehan untuk buat sendiri kat rumah. Lagi pulak sejak Nuha tengok video mat saleh yang tunjuk nugget ayam di buat daripada campuran perut dan usus ayam sekali. Yakkkks.

Senang je nak buat sosej ni. Saya pun dah lupa resipi dapat dari blog mana. Memang hobi kumpul-kumpul resipi :p

 DIY : Sosej Ayam Sedap :-)

Ni bahan-bahan nak buat sosej :

  • Daging ayam bahagian dada / mana2 bahagian tanpa tulang
  • bawang besar
  • bawang putih
  • lada hitam (optional)
  • serbuk lada putih (optional)
  • cheese (optional)
  • serbuk oregano / thyme / rosemary (optional) – saya tak letak
  • carrot 1 batang – disagat halus
  • tepung ubi 1 sudu (saya guna tepung gandum je).
  • garam secubit
  • plastik wrap / aluminium foil / daun kunyit / daun pisang – saya guna plastik aiskrim ­čÖé

Cara- caranya :

  • kisar daging ayam ( basuhlah siap2 ya) bersama bawang, bawang putih, ┬álada hitam dan carrot. (guna food processor mudah, tapi saya guna blender sebab takde food processor)
  • tambahkan garam, ┬áserbuk lada putih dan tepung. Gaul sebati.
  • bentukkan bulat dan leperkan. isi cheese di atasnya.
  • Gulung menggunakan plastik wrap / aluminium foil / daun kunyit/ daun pisang. Ikat kedua2 hujung dengan benang / getah. – dalam kes saya sebab guna plastik aiskrim so masukkan sikit2 adunan sampai separuh plastik, padat2kan dan ikat.
  • Jika bungkus menggunakan aluminum foil / daun boleh terus rebus atau kukus. Jika guna plastik wrap bekukan dahulu semalaman untuk dapatkan bentuk sosej tu. Bila dah beku, buka plastik tadi baru rebus / kukus. * Jangan rebus dengan plastik untuk mengelakkan bahan kimia pada plastik tu memudaratkan kita pulak.
  • Dah siap rebus / kukus boleh simpan dalam freezer. Bila2 nak makan bolehlah goreng atau bakar.

Memang senang & sedap. Tanpa pengawet yang memudaratkan. Kalau tak nak letak cheese pun boleh, gulung je terus.

Saya tadi tak sabar nak tunggu semalaman, baru beku ala2 saya dah ambil 2 ketul dan rebus. Memang sedap. Rasa sosej black pepper dengan cheese leleh kat tengah-tengah. Fuhh!!

Selamat mencuba. Ewahh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...