Harga ESP Shaklee Tak Sepadan Dengan Kualitinya?

ESP dan soya dua nama kontroversi di pasaran Malaysia. Sungguhpun begitu, jualan keduanya tetap paling laris. Soya panas begitu laris di pasar malam! Produk soya lainnya seperti tempe, tauhu, malah susu formula berasaskan soya juga menjadi pilihan pengguna. Begitu juga ESP Shaklee yang sangat di gilai oleh penggunanya. Tiap-tiap bulan jualan ESP Shaklee memang kebaboomm. Tapi betul ke ada yang kata harga ESP Shaklee tak sepadan dengan kualitinya?

Boleh kongsi kebaikan ESP Shaklee ni seisi keluarga

APA ESP SHAKLEE NI?

ESP Shaklee merupakan minuman protein soya yang diperbuat 100% menggunakan soya bukan GMO (non-GMO soy). Ini bermakna soya untuk ESP ni ditanam secara semulajadi tanpa sebarang perubahan genetik. Atau bahasa mudahnya tanpa bahan kimia, tanpa baja kimia, tanpa hormon tumbesaran palsu dan sebagainya. Kualiti semasa pemprosesan juga sangat dijaga. Soya untuk ESP ni di basuh dengan air bagi mengekalkan khasiatnya (ada produk soya yang dibasuh dengan alkohol ok). Selain dari itu, ESP Shaklee ni merupakan minuman protein terbaik kerana ia 2 kali ganda dari pengambilan daging, 4 kali ganda dari pengambilan telur dan 12 kali ganda dari pengambilan susu! Paling best, dapat bekalan protein tanpa kolesterol. Dengan rasa soya asli yang sangat sedap pulak tu. Nah. Semua itu dengan hanya RM150 untuk setiap 1 bekas seberat 850gram. Sebekas tu tahan 1 hingga 1.5 bulan bergantung kepada penggunaan. Memang betullah harga ESP Shaklee tak sepadan dengan harganya. ESP Shaklee murah uolls! Memang mampu milik.

SAYA DAH MAKAN AYAM, DAGING, IKAN SEMUA NI. KENAPA NAK KENA MINUM ESP PULAK?

Protein merupakan makanan bagi sel. Diulangi sel. Dari sel akan membentuk tisu, seterusnya organ dan terhasillah sistem badan manusia. Manusia tu kita nilah 😉 Kita sangat perlukan sel yang sihat untuk dapat badan yang sihat dan berfungsi sempurna. Ayam, daging, ikan dan sumber protein haiwan lain yang biasa kita ambil tu biasanya tidak segar, tercemar dengan bahan kimia, cara memasak yang menghilangkan kualiti proteinnya (ada kolesterol pulak tu). Oleh sebab itu ESP Shaklee sangat disyorkan untuk memenuhi keperluan protein harian kita. ESP Shaklee juga dilengkapi dengan kalsium sebanyak 500mg bagi setiap hidangan.

Antara Manfaat ESP Yang Sangat Disukai Ramai :

kulit cantik

  • memberi keanjalan kulit dan otot
  • Dapat kulit lebih gebu, pejal, dan mulus
  • Rambut dan kuku yang lebih sihat dan bersinar
  • Kenyang lebih lama, jadi boleh kurus tau
  • Sumber tanaga berpanjangan
  • Kulit lebih cerah!
  • Untuk ibu menyusukan anak, ESP memang terkenal sebagai penggalak susu

 

EWWW TAK SUKANYA RASA SOYA ASLI. SAYA TAK SESUAI AMBIL ESP

Hepp. Jangan macam tu. Tak perlu terburu-buru buat keputusan kerana ESP Shaklee yang superhot ini boleh dibancuh bersama dengan minuman kegemaran anda! Tapi elakkan bancuh dengan minuman berkafein kerana kafein akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi dalam badan kita, nanti rugi pulak kita bancuh ESP tapi tak dapat manfaatnya. Oh lagi 1 tips, jangan bancuh dengan air panas mendidih kerana protein akan musnah dalam suhu yang tinggi. Ha teringat tak ayam goreng? Macam mana ek protein dalam ayam tu lepas digoreng dalam minyak panas begitu. Ouch. Ok ok, balik semula kepada rasa soya semulajadi tadi. Anda tak lalu minum soya plain? Jangan risau. ESP Shaklee sangat sedap dibancuh dengan jus oren, ditambah kurma atau bancuh dengan air sirap pun sangat marveless rasa dia. Yummeh! Tambah ketul ais sikit.

Resipi bancuh ESP Shaklee ada di sini.

Testimonial pengguna ESP Shaklee yang sangat berpuas hati dengan kesannya.

 

Dengan semua kebaikan dan manfaat ini, harga ESP Shaklee memang tak sepadan dengan kualitinya tau. Harganya hanya RM150 sebekas. Malah boleh dapat lagi murah kalau jadi ahli Shaklee seumur hidup. Nak tahu macam mana nak jadi ahli? KLIK SINI ya.

 

call to action

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...