[INFO VITAMIN] Meal Shakes Shaklee untuk seisi keluarga

Mencari hidangan segera yang lengkap dan penuh nutrisi? Hidangan segera ya, bukan makanan segera!

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti, paling penting mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Kebiasaannya ia mengandungi nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan; bayi, kanak-kanak sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegeterian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Sangat sesuai dijadikan sarapan pagi yang penuh berkhasiat, lebih-lebih lagi bagi orang-orang yang terkejar-kejar masa di waktu pagi.

mealshake

Manfaat  Utama Meal Shakes antaranya :

Nutrisi Lengkap– menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

Pembekal nutrisi kepada sel tubuh – kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

Membantu tumbesaran – mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

Anti-oksida -mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium sebagai anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

Mengembalikan seri wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

Detoksifikasi – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.

Kelazatan rasanya – Ini bonus! minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat dinikmati seisi keluarga.

Boleh juga di ambil bersama ESP, atau apa-apa jenis minuman kegemaran, dikisar bersama buah-buahan dan lain-lain mengikut pilihan sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...