Kebaikan Mealshake Shaklee Selamatkan Anak Dan Ibu Dari Trauma

Pernah tak anak anda mengalami masalah sembelit atau sukar membuang air besar? Bagi kanak-kanak yang sering mengalami sembelit, saat nak membuang air besar boleh jadi trauma. Ada yang sampai tak nak membuang, bila datang je rasa nak membuang tu kanak-kanak yang alami sembelit ni akan menahan dari mengeluarkan najis tersebut. Ini kerana kesakitan yang dialami ketika ‘proses pembuangan’ sangat ngeri. Ibu-ibu pun jadi trauma bila anak nak membuang sebab anak akan menangis kesakitan.

sembelit

Untuk membantu masalah ibu-ibu, saya nak kongsikan tips-tips mengelakkan sembelit ni.

TIPS MENGELAKKAN SEMBELIT DIKALANGAN KANAK-KANAK

  • Mesti cukup minum air – Jika tidak minum air masak secukupnya, badan akan menyerap semula air dari bahan buangan. Hal ini akan menyebabkan najis mengeras. Boleh amalkan isi air masak dalam botol air kesukaan anak dan pastikan anak anda habiskan air tersebut dalam jangka masa tertentu. Contohnya, isi air masak dalam botol bersaiz 350ml dan pastikan anak habiskannya sebelum tengah hari. Bila habis, isi semula air.

 

sayur hijau

  • Makan BUAH, SAYUR DAN BIJIRIN – Kumpulan makanan ini mengandungi tinggi serat. Serat penting untuk sistem pencernaan yang baik. Bila serat masuk dalam sistem pencernaan ia akan menyerap cecair dan melembutkan sisa buangan. Ini akan membantu pergerakan sisa buangan.

bersenam

  • BERSENAM – Galakkan anak beraktiviti bukan sekadar untuk kecergasan badan. Gerakan fizikal juga membantu pergerakkan usus. Tidak semestinya kena bersukan lumba lari atau bermain bola sepak, aktiviti seperti main kejar-kejar atau tangkap-tangkap juga membantu. Malah gembira!
  • MENGAMALKAN MAKANAN TAMBAHAN – Makanan yang seimbang dan berkhasiat memang sangat diperlukan oleh kanak-kanak, juga orang dewasa. Dalam kehidupan serba sibuk ni kadang-kadang kita tak perasan pun hidangan anak kita cuma ada karbohidrat dan protein. Untuk membantu mengisi kekosongan nutrisi ini, ibu-ibu boleh memberi anak makanan tambahan yang sesuai mengikut usia anak.  Bagi masalah sembelit ni, antara zat yang diperlukan adalah serat dan magnesium. Apa produk Shaklee yang dapat membantu masalah ini?

              MEALSHAKE

mealshake

               Meal Shake Shaklee mengandungi serat yang larut dalam air. Serat ini akan bertindak mencuci usus anak anda. Serat ini akan membantu mengumpul sisa makanan yang tak diperlukan, bila sisa makanan dah terkumpul, serat tadi akan membantu sisa buangan menyerap air. Ini akan menyebabkan sisa tadi lembut dan tak sembelit lagi! Dengan pengambilan Meal Shakes ni anak tidak lagi trauma untuk membuang air besar. Ibu pun tak perlu risau dan sedih-sedih lagi bila anak nak membuang.

Selain dari mengandungi serat untuk membantu masalah sembelit, Meal Shakes juga mengandungi :

  • 24 jenis vitamin dan mineral penting
  • tinggi kalsium (dilengkapi dengan vitamin D dan magnesium)
  • kolina yang baik untuk perkembangan otak
  • kaya dengan anti oksida – melawan jangkitan, elak selesema, tinggikan sistem imun
  • mengandungi asid amino perlu dan tak perlu
  • rendah kolesterol, sangat ideal untuk sarapan seisi keluarga
  • bagus untuk tumbesaran – mengandungi asid folik, vitamin B, kalsium dan magnesium untuk kekuatan tulang, gigi dan gusi.

Ibu-ibu yang tak nak anak terus trauma, boleh cuba tips di atas. Nak cuba Meal Shakes, hubungi saya untuk konsultasi segera!

call to action

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

33 thoughts on “Kebaikan Mealshake Shaklee Selamatkan Anak Dan Ibu Dari Trauma

  1. Pretty section of content. I just stumbled upon your blog and in accession capital
    to assert that I acquire actually enjoyed account your blog posts.
    Any way I will be subscribing to your augment and even I achievement you access consistently rapidly.
    Vivien recently posted…VivienMy Profile

  2. My family members always say that I am wasting my time here at web, except I know I am getting knowledge every day by reading thes pleasant
    content.
    Launa recently posted…LaunaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge