Kelebihan Set Berpantang Shaklee Bukan Setakat Sembuhkan Luka

Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya nak share tentang Set Berpantang Shaklee. Set Berpantang inilah yang buat saya jatuh cinta dengan Shaklee. Walaupun bermula dengan Set Mengandung, tapi pengalaman berpantang dengan Set Berpantang Shaklee yang buatkan saya percaya dan merasai sendiri keberkesanan produk Shaklee ni.
Apa kelebihan Set Berpantang Shaklee ni sampai boleh jatuh cinta?

Pengalaman berpantang kali pertama saya memang penuh dengan drama. Boleh baca di sini kisah saya demam ketika pantang. Sebab paling utama adalah kerana tidak cukup persediaan dan kurang menggali ilmu masa tu. Ingatkan semua akan berjalan lancar follow the flow. Tak pe. Past is past. Mengandung kali kedua, memang saya siapkan diri sebaik mungkin. Paling utama saya dapatkan info tentang keperluan nutrisi ketika berpantang. Tak nak pisang berbuah dua kali 🙂

Dipendekkan cerita, pantang anak kedua saya ambil Set Berpantang Shaklee. Paling best Set Berpantang Shaklee ni boleh terus mula makan sejurus lepas bersalin. Saya telan VItalea, B Complex dan Vitamin C sebaik saja ditolak masuk ke wad. Minggu pertama berpantang saya makan Set Berpantang Basic  yang terdiri daripada VItalea, Bcomplex, VItamin C dan Zinc Complex. Masuk minggu kedua dan seterusnya saya add on vitamin tambahan yang sesuai dengan keperluan ibu berpantang dan menyusu. Itu antara kelebihan Set Berpantang Shaklee, kita boleh add on vitamin ikut keperluan kita.

Antara kelebihan Set Berpantang Shaklee :

  • Luka bersalin cepat sembuh. Bukan saja kering di luar tapi bahagian dalam pun rasa selesa dan tidak sakit.
  • Badan terasa lebih cergas, tapi janganlah berlari pulak ya.
  • Tiada mengantuk di waktu siang walaupun berjaga setiap 1 jam menyusu bayi di waktu malam.
  • Darah nifas keluar sempurna. Ada sesetengah ibu dalam pantang yang darah nifas tidak keluar sepenuhnya, terlalu cepat kering (dikhuatiri tak keluar habis). Dengan Set Berpantang Shaklee darah nifas keluar sekata dan terasa bersih dalaman kita. **Ini kena add on Alfalfa Complex untuk kesan lebih ummphhh 😉
  • Ada kesan sampingan, susu badan melimpah ruah. Serius!
  • Kulit muka dan badan terasa lebih lembab dan bersih.
  • Rambut dan kuku lebih sihat & bersinar. Tiada masalah gatal kulit kepala dan rambut gugur.
  • Pembuangan juga berjalan lancar.

Apa yang saya tambah dalam Set Berpantang Shaklee saya?

  • Ostematrix – selain untuk bekalan kalsium harian, magnesium dalam Ostematrix membantu melembutkan najis seklaigus melancarkan proses pembuangan. Faham-faham jelah ibu dalam pantang memang seksa nak membuang kalau kena sembelit.

    ostematrix
    Tiada lagi sembelit ketika pantang
  • Omega Guard – tujuan asal saya ambil Omega untuk bakar lemak-lemak degil. Tapi dalam masa sama Omega melancarkan perjalanan darah, menguatkan otak, dan memberi khasiat dalam susu ibu. Ibu makan Omega, bayi pun dapat khasiat DHA darinya.
    Omega Guard Shaklee
    sel-sel otak berhubung!

     

  • Alfalfa Complex – Ini bapa segala tumbuhan yang kaya dengan 1001 khasiat. Saya tambah Alfalfa untuk kesihatan dalaman wanita & sebagai milk booster juga. Memang kesan terbaik! Bidan yang urut pun kata rahim saya kecut dan kemas seperti makan jamu. Ini jamu moden 🙂

    Alfalfa Complex Shaklee
    Alfalfa Complex, jamu moden pilhan saya.

Banyaknya nak kena telan. Jangan panik. Kita ada jadual makan semua vitamin-vitamin ni. Jika anda sedang menunggu hari nak bersalin dan masih tercari-cari Set Berpantang, cubalah Shaklee. Saya jamin anda tak menyesal. Set Berpantang Shaklee dijamin berkesan, semulajadi dan mesra alam. Tiada bahan berbahaya di dalamnya. Harganya juga berpatutan. Nak mengendalikan nya juga sangat mudah.

Pastikan anda membeli dari pengedar yang betul, supaya anda mendapat hak konsultasi yang terbaik. Kami adalah pengedar Shaklee yang komited 100% dalam memberi konsutasi kepada pelanggan. Hubungi kami jika anda nak bertanya atau membuat pesanan.

call to action

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

74 thoughts on “Kelebihan Set Berpantang Shaklee Bukan Setakat Sembuhkan Luka

  1. With the knowledge our specialists have on search engine optimization and combine that
    with our social media marketing and advertising your enterprise
    will be ahead of the curve when it comes to online marketing and advertising.
    Keesha recently posted…KeeshaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge