Kenapa Kena Pantang Laksa Sampai Setahun Lepas Bersalin?

Isu laksa dan pantang ni saya dapat tahu masa pregnant Izz. Lebih tepat lagi bila pindah kat Perak. Masa kat Johor dulu memang tak pernah dengar tentang pantang laksa, mak pun tak de bagitahu. Mungkin sebab kami memang bukan pemakan laksa tegar.

Pantang laksa sampai setahun lepas bersalin ni biasanya diamalkan oleh mereka di sebelah utara macam Kedah, Penang dan Perak ni.

Persoalannya kenapa kena pantang sampai setahun?

#1 : Laksa Bersifat Sejuk

laksa kering
Antara laksa kering yang popular di pasaran

Semua sedia maklum lepas bersalin segala mala urat kita kembang. Bila tengah kembang tu sangat mudah nak masuk angin, nak terpeleot tergeliat semua tu. Bila dah masuk angin, mulalah sakit sana sini, anak menangis pun boleh kena balun.

Masa dalam pantang 44 hari kita jaga makan, jaga minum, siap berurut. Proses pemulihan badan lepas mengandung 9 bulan bukanlah berlaku sekelip mata.

Nak cepat sihat : Baca SINI.

Dikatakan proses pembuatan laksa tu yang menyebabkan ia sejuk. Dari beras, menjadi tepung. Lepas tu diadun menjadi mi laksa. Direbus. Dikeringkan pulak. Masa nak makan laksa, direbus semula. Ha proses masak 2 kali (rebus) tu lah dikatakan menyebabkan angin. Konsep sama macam kita makan nasi perangat banyak kali.

Dalam pantang memang kesalahan besar makan nasi sejuk yang perangat ni. Kalau mak saya, siap tak boleh tambah nasi. Buh banyak siap2 :p

#2 : Kuah Laksa Bersifat Tajam

rebus ikan
Proses rebus ikan untuk buat kuah laksa. Gambar dari sumber Google.

Penggemar laksa mesti sedia maklum. Nak buat kuah dia kena rebus ikan sekali dengan tulang. Lepas tu blend pulak tulang tu. Ha kat situ datang ‘tajam’ tu. Bisa tulang ikan tu yang menyebabkan kuah laksa menjadi ‘tajam’ & tak sesuai dimakan oleh ibu baru lepas bersalin. Orang tua dulu2 suruh pantang setahun.

Kandungan dalam tulang ikan akan menjadi ‘racun’ yang mengakibatkan sakit sendi, sakit tumit, sakit urat untuk jangka masa panjang.

Ditambah pulak dengan bunga kantan, memang sah angin. Asam gelugur lagi. Ha memang pakej lengkap.

Ok sekarang dah tahu kan kenapa kena pantang sampai setahun? Hehehe. Penggemar laksa bolehlah pulun makan laksa sementara belum bersalin. Nanti jumpa lagi masa birthday anak yang ke 1 tahun ^_^

Memang pantang larang orang tua ni tak de kajian saintifik, tapi tak salah kalau kita ikut selagi ianya tak datangkan mudarat & tak bercanggah dengan hukum agama. Kan? Ke ada yang rasa mudarat tak dapat makan laksa setahun? 🙂

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sila share kalau anda rasa ada kawan-kawan ke sedara-mara ke yang perlukannya. Sharing is caring. Caring is loving. Tak gittew?

 

*********

Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Anida 012-7917427 jika anda berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

Love,

Anida Ahmad

SID : 869589

Whatsapp / SMS : 012 – 7917427

Email : anida.ae@gmail.com

COD : Mydin Meru / KFC Tasek / AEON IPOH KLEBANG

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...