Laksa Saranghae Yang Famous Di Ipoh

Penggemar laksa sarang di Ipoh mesti pernah makan laksa saranghae dekat Ipohlicious Cafe ni. Lokasi Ipihlicious Cafe ni berhampiran Mydin Manjoi. Kalau 1st time datang, waze atau google maps je Mydin Manjoi tak pun Laksa Saranghae mesti jumpa.

Walaupun nama dia Cafe, kedai ni berkonsepkan warung sebelah rumah je. Siap ada ruangan untuk duduk bersila, makan guna meja ala jepun tu.

Saya bukan peminat laksa, tapi laksa sarang saya suka. Laksa saranghae ni antara yang sedap. Selain laksa pokok limau & laksa sarang dekat botani tu. Entri ni saya nak cerita tentang Ipohlicious Cafe lah ya.

Ada menu lain yang best juga selain laksa sarang

Kedai ni ada banyak pilihan menu. Antara yang menarik ialah ABC dia. Ada pelbagai variasi. ABC Mix Fruit, ABC Milky Oreo, ABC Milo, ABC Aiskrim, ABC Biasa, Ais Kepal. Aiskrim pasu pun ada. Harga ABC ni semua dalam lingkungan RM5 je. Memang berbaloi dengan portion dia.

Kenapa semua gambar senget entah. Ini ABC Milky Oreo. Sedap!


Izz makan ais kepal. Sejenis tak suka ‘sayur’ dalam air. Haha.

ABC Milo

Makanan goreng-goreng pun ada. Pilih je nak makan apa. Selain itu ada juga menu masakan style cina macam ayam lemon, ayam cili kering dengan biji gajus, ikan stim dan lain-lain. Boleh pilih nak makan dengan nasi putih atau nasi goreng cina. Sedap belaka.

Ada juga western food macam chicken chop, lamb chop, spagetti, fries semua tu. Portion hidangan western kat sini memang besar. Nuha & Izz kongsi sepinggan pun kenyang sangat dah. Wedges dia sedap. Rangup kat luar, gebu kat dalam. Salad campur dia sedap. Kentang putar sedap. Sos blackpepper pun sedap. Hahaha apa yang tak sedap saya ni?

 

Selain menu utama dari dapur kedai ni, kat tepi2 ada stall jual otak-otak. Mereka akan hantar di meja kita, bayar berapa pcs yang kita makan je. Tapi kitorang ni memang pakat habiskanlah sebakul tu. Ada dalam 7-8 pcs setiap bakul rasanya. Boleh request untuk tambah kalau tak cukup. Tapi kat sini bukan otak-otak kempas tau. Dah tanya adik yang jual tu.

Setiap kali datang sini saya memang akan order laksa saranghae lah. Sebab tujuan utama pun nak makan laksa sarang kan. Ikut tekak saya, kuah laksa dia sedang elok tak masin tak masam sangat. Kuah dia agak cair tapi bila dah sebati dengan telur goreng bersarang tu memang elok-elok je tekstur dia. Telur sarang tu yang buat sedap pada saya.

Inilah laksa saranghae๐Ÿ˜๐Ÿ˜Ž

Kalau anda nak merasa laksa sarang sedap & ABC pelbagai pilihan, moh le kome ke Ipohlicious Cafe. Gerenti tak nyesei datang.

Lepas dah makan kat sini, balik bawak2 lah telan herblax dan omega sebelum tidur๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜Ž

๐Ÿ˜˜,

Nida

0127917427

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge