Main Pasir Dalam Rumah Dengan Homemade Sand Art

Selamat berhujung minggu 🙂

Biasanya hari ni mak ayah bawak anak-anak keluar beraktiviti di taman atau ke playroom mana-mana kan. Yang tak ada nak ke mana tu boleh buat macam2 aktiviti dalam rumah.

Kami main pasir dalam rumah!

 

Hehehe. Homemade sand art ni dah lama beli dari homiestuff.com, tapi main 1 set je. 1 set lagi memang saya simpan. Kebetulan raya haji ritu kami tak balik beraya kat kampung so layan budak2 ni main pasir dalam rumah 🙂

Lepas balik solat aidiladha, selesai masak & makan2 tu budak2 dah mula bising kata boring. Umi pun offer ‘buat sepah’. Memang enjoylah semua pun.

image

Sand art ni didatangkan dengan 10 pack pasir berwarna, kad bergambar & botol plastik comel. Kita boleh pilih nak buat ‘pasir pelangi’ atau nak warnakan gambar2 tu.

Kalau nak warnakan gambar, letak gam pada gambar dan tabur je pasir tu. Tiup sikit lebihan pasir. Memang seronoklah budak2 dapat main cani.

image
Isi dalam botol macam ni pun boleh. Jadikan hiasan.

Jangan lupa alas dulu lantai tu 🙂 Jenuh pula nanti nak berkemas. Hehe.

Main pasir ni selain seronok, anak2 dapat mengasah bakat kreativiti juga. Kira bermain sambil belajar. Seronok dapat, otak pun berjalan.

Jom kongsi aktiviti kawan2 pula!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...