Mudahnya Membuat Kek Milo 3 Minit

Kek milo 3 minit. Nama pun dah tau sekejap je buat dia. Kan?

Resipi ni kakak saya share kat grup whatsapp, saya belum cuba sebab dah lama kat rumah ni tak de stok milo (dan minuman malt coklat jenama lain pun). Kakak saya kata sedap & dia memang akan godak resipi ini bila anak2 duk zikir nak kuih hepi beday tuyu 🙂

Meh kita simpan resipi kek milo 3 minit tu dalam blog ni. Esok2 senang nak refer.

Bahan-bahannya :

>> 4 sudu besar tepung gandum
>> 4 sudu besar Milo
>> 4 sudu besar gula kastor atau gula halus
>> 4 sudu besar susu segar
>> 4 sudu besar minyak jagung — guna minyak masak sawit pun boleh
>> 1 biji telur
>> 1 sudu teh baking powder
>> 1 sudu teh esen vanilla
>> sedikit choc cip dan choc rice untuk hiasan
>> 2 mug atau ramekin ( yang boleh di bakar dalam microwave )

Cara-caranya :

1) Campur semua bahan kering dalam mangkuk, campurkan susu. Gaul rata.
2) Masukkan minyak, gaul lagi. Masukkan esen vanilla, ratakan.
3) Senduk / pipe kan dalam mug / ramekin.
4) Bakar dalam microwave selama 3-4 minit. Pilih mode medium.
5) Bila dah bunyi “ting” keluarkan kek dan biar sejuk. Boleh letak topping nutella / chocolate spread jenama kegemaran masing2. Hias dengan choc chip atau choc rice.
6) Siap! Boleh ngap 🙂

Selamat mencuba!

Luv,
KakNida

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments

  1. AmericaIShim says:

    Good day I am so glad I found your web site, I really found you by
    error, while I was researching on Digg for
    something else, Anyhow I am here now and would just
    like to say thanks a lot for a incredible post and a all round thrilling blog (I also love
    the theme/design), I don’t have time to look over it all at the moment but I have book-marked it
    and also added your RSS feeds, so when I have time I will be back to
    read much more, Please do keep up the awesome job.
    AmericaIShim recently posted…AmericaIShimMy Profile

  2. LareeQThorin says:

    I do not know whether it’s just me or if perhaps everybody else encountering issues with your
    website. It appears like several of the text on your own posts are running off the screen. Can other people
    please provide feedback and tell me if it is happening in their mind too?

    It might be described as a problem with my browser because I’ve had
    this happen previously. Thanks
    LareeQThorin recently posted…LareeQThorinMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge