Petua Mudah Di Dapur

Kali ini saya kongsikan beberapa petua yang memudahkan urusan kita di dapur. Petua-petua ini ada yang baca di majalah, ada juga yang dapat di internet.

Jom kita tengok petua apa agaknya.

1. Petua Mudah Kupas Bawang Merah & Tak Pedihkan Mata

Kupas bawang merah didalam air atau boleh simpan dalam peti ais beberapa jam sebelum nak kupas. BAwang lebih mudah dikupas dan tak pedihkan mata.

2. Cili Kisar Tahan Lebih Lama

Selepas dikisar, panaskan dulu cili sehingga airnya sedikit kering. Sejukkan dan simpan dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti ais, insyaAllah lambat bercendawan.

3. Menghilang Pahit Peria

Peria sedap diasak sambal atau dibuagt ulaman, cuma rasa pahit melampau tu kadang tak boleh tahan. Nak kurangkan pahit peria, potong macam biasa dan rendamkan seketika dalam air garam. Nak masak nanti basuh dahulu.

4. Tumisan Bawang Berbau Wangi

Tambahkan sedikit garam semasa menumis bawang merah dan cincang halus bawang putih sebelum tumis. Bau bawang akan semerbak harum jika guna petua ini.

5. Kurangkan Lekat Ketika Goreng Tauhu

Tauhu goreng makan dengan sambal kicap..fuh  sedapnya. Tapi kadang tu malas nak goreng sebab tauhu akan melekat-lekat dengan kuali. Caranya mudah, sapu tauhu dengan garam sebelum goreng.

6. Telur Rebus Tak Retak

Letak beberapa keping asam keping dalam periuk nak rebus telur telur tersebut.

7. Hilangkan Hanyir Ikan Keli

Lumur ikan keli yang dah siap disiang dengan air sagu. Cuci2 dalam 20 minit. Cubalah, Pasti anda lebih mudah nak masak ikan keli lepas ni.

8. Petua Kerang Mudah Dikopek

Letakkan garam sedikit semasa merebus. Untuk kerang yang nak dibuang kulit dan simpan juga, boleh panaskan sedikit kerang setakat terbuka sedikit cengkerangnya.

9. Sayuran celur tahan lama dan nampak segar

Masukkan minyak masak dalam 1 sudu dalam air mendidih yang nak guna untuk celur sayuran. Sayur kelihatan hijau dan berkilat selepas celur.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda sekeluarga.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge