Petua Mudahnya Di Dapur

Siapa suka duduk dapur angkat tangan๐Ÿ™‹๐Ÿ™‹

Memang ada kan orang yang bila kat dapur ada je dia nak buat. Kemas-kemas, masak-masak, yang extreme lagi baking-baking.

image

Jom kita tengok apa petua memudahkan kerja di dapur ni.

#1 Air gula tahan lama
Masukkan 1 sudu air limau nipis semas memasak air gula. Setelah mendidih selama hampir 20 minit, sejukkan dan simpan dalam bekas yang sesuai.

#2 Kacang bendi tetap segar
Kacang bendi memang sedap dibuat ulam. Cicah pulak budu๐Ÿ˜‹ Bagi mengekalkan kesegarannya, cuba masukkan 1 sudu kecil minyak dalam air rebusan bendi. Pastikan bendi direbus tanpa memotong mana2 bahagian mengelakkan ia berlendir.

#3 Hilangkan hanyir hati ayam
Bagi penggemar hati ayam, kadang2 nak basuh tu ada macam bau hanyir kan? Cuba petua ini. Gaul hati ayam dengan tepung gandum dan biarkan sekejap. Lepas tu basuh seperti biasa hingga kesan tepung hilang.

#4 Elak ikan daripada busuk
Petua ini boleh digunakan jika tiada peti ais ๐Ÿ™‚ Siang ikan seperti biasa dan buang semua isi perut ikan. Tapi AWAS! Jangan basuh ikan. Biarkan ikan berlumuran darah (tapi pastikan semua isi perut dah dibuang bersih tau), balut seekor demi seekor menggunakan kertas surat khabar. Simpan ditempat teduh. Ikan akan kekal segar sehingga 24 jam.

#5 Kurangkan lalat hinggap pada makanan
Gantung uncang yang berisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di tempat anda meletakkan makanan. InsyaAllah lalat tak datang hinggap.

#6 Hilangkan pijar pada tangan
Kadang2 lepas masak rasa tangan pijar semacam. Untuk menghilangkan rasa tu, lumur tangan anda dengan garam atau beras. Biarkan seketika. Basuh bersih macam biasa.

image

#7 Daging cepat empuk
Mesti ramai biasa dengar petua isi sudu stainless steel dalam rebusan daging, nanti cepat empuk :mrgreen: Kali ni guna petua lain. Rebus sekali kurma dalam periuk rebus daging tu. Rasa daging pun lebih sedap tau.

Cukuplah 7 petua dulu. Karang tak de modal pulak untuk entri lain. Haha ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Kalau anda ada petua yang best, sudilah berkongsi diruang komen.

Selamat berhujung minggu!
p/s : masak apa hari ni?

๐Ÿ’–,
Anida (SID : 869589)
WA : 0127917427
COD : AEON Ipoh Klebang, Petronas Tasek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge