Resipi Ayam Osek / Ungkep Yang Sedap Dan Senang

Ini antara masakan jawa yang paling sedap. Ada yang panggil masak osek, ada sesetengah tempat panggil ungkep. Nama dalam Bahasa melayu? Tak ada. Pure jawa ni ^_^

ayam osek
Ayam osek / ungkep . Memang sodappp 😉

Cara masak dia ala-ala rendang, kena tunggu agak lama. Tapi bahan lebih simple & rasa lebih sedap. Hehehe. Meh tengok resipi.

Bahan-bahan :

Setengah ekor ayam (potong & cuci bersih)

2 biji bawang besar*

3 ulas bawang merah*

3 sudu makan ketumbar (rendam & toskan)*

1 sudu jintan manis*

1 sudu jintan putih*

1 inci halia*

1 inci kunyit / kunyit serbuk *

1 batang serai – dititik

1 keping asam keping

Garam secukup rasa

Perisa / Kiub ikan bilis / pati ikan bilis jika suka

 

Cara-caranya :

  • Kisar semua bahan bertanda *. Panaskan lebih kurang 3 sudu minyak masak untuk menumis.
  • Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan serai yang dah dititik.
  • Masukkan ayam. Kaup balikkan hingga sebati.
  • Bila ayam dah separuh masak, masukkan asam keping. Kecilkan api & tutup kuali. Biar reneh sehingga ayam betul2 masak & rempah pekat.
  • Akhir sekali perasakan dengan garam & pati ikan bilis / bahan perisa jika suka.
  • Siap!

** Jika suka nak pedas, boleh tambah cili masa kisar bahan-bahan menumis tu.

 

Senang je kan? Anak-anak saya suka betul ayam masak osek ni. Bertambah-tambah makan nasi, lepas makan nasi siap ratah ayam pulak.

 

Cubalah 🙂

 

Love,

Anida

012-7917427

SID : 869589

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

85 thoughts on “Resipi Ayam Osek / Ungkep Yang Sedap Dan Senang

  1. [url=http://mullers.co.za/Ray-Ban_HGx1BJUX/]Ray Ban Pas Cher[/url], I know this if off topic but I’m looking into starting my own weblog and was wondering what all is needed to get set up? I’m assuming having a blog like yours would cost a pretty penny? I’m not very web smart so I’m not 100% certain. Any suggestions or advice would be greatly appreciated. Cheers|

  2. On the list of the few sunspot lotion items obtainable in industry, I’ve found the Meladerm Sophisticated Skin Lightening merchandise to become the best, centered on my knowledge and the many
    good customer evaluations that I’ve read from separate boards, blogs, and assessment sites.
    Geneva recently posted…GenevaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge