Resipi Nasi Impit Goreng Yang Sedap Dan Senang

Pernah makan nasi impit goreng? Ada juga yang  panggil lontong goreng. Alkisahnya masa mula2 kenal nasi impit goreng ni dulu sebab mak saya tak nak membazir ketupat yang banyak tergantung belen makan raya pertama tu.

Dah jadi macam tradisi pulak, pagi raya kedua mesti kami akan bersarapan nasi impit / ketupat goreng ni. Nah saya kongsikan resipi nasi impit goreng yang sedap dan senang ni. Hehe..macam buat nasi goreng je pun sebenarnya ^_^

 

Bahan-bahannya :

20 biji nasi impit / ketupat segera saiz mini – potong kecil

20-30 biji cili api*

1 biji bawang besar*

3 ulas bawang putih*

Segenggam ikan bilis (buang kepala, perut dan cuci bersih)*

5 batang kacang panjang – hiris kecil

Haiwan2 ikut suka (optional)

Garam secukup rasa.

Minyak untuk menumis.

Cara-caranya :

  1. Tumbuk semua bahan bertanda *
  2. Panaskan sedikit minyak & tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan haiwan2 (jika ada) dan gaul rata hingga masak.
  4. Masukkan kacang panjang. Kacau goreng sekejap.
  5. Lepas tu dah boleh masukkan nasi impit / ketupat yang siap dipotong tadi. Kaup balik sehingga mesra dengan bahan tumis.
  6. Bila dah mesra, perasakan dengan garam.
  7. Siap!

 

Nasi impit goreng a.k.a lontong goreng ni sedap kalau pedas berapi. Rempah gorengan pun kena lebih sikit daripada buat nasi goreng untuk rasa yang lebih umpphh.

Cubalah. Boleh variasikan cara menikmati nasi impit selain makan dengan rendang atau kuah kacang 🙂

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Resipi Nasi Impit Goreng Yang Sedap Dan Senang

  1. [url=http://mullers.co.za/Ray-Ban_ciaXfCxm/]Ray Ban Pas Cher[/url], Wonderful blog! I found it while browsing on Yahoo News. Do you have any suggestions on how to get listed in Yahoo News? I’ve been trying for a while but I never seem to get there! Thanks|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge