Resipi Rendang Ayam Tanpa Kerisik Yang Sedap Dan Senang

Sebenarnya ini kali pertama masak rendang ni. Sebelum ni kalau me-rendang, saya akan buat rendang hitam je. Tak nak cerita banyak, resipi rendang ayam tanpa kerisik ni memang sedap dan senang je. Resipi ni dapat dari kakak ipar (tentu2lah mak mertua ku punya resipi) 🙂

Rendang ayam tanpa kerisik
Kejadian kali pertama yang tak mengecewakan

Bahan-bahan :

Setengah ekor ayam (potong dan bersihkan)

3 biji bawang besar*

4 ulas bawang putih*

10-15 batang cili padi (adjust sendiri ikut tahap kepedasan masing2)*

4 batang cili merah besar*

2 inci lengkuas*

2 inci halia*

1 inci kunyit hidup / guna kunyit serbuk pun boleh*

4 batang serai*

rempah tumis 4 sekawan

setengah biji santan kelapa

sedikit air asam jawa

garam, gula secukup rasa

–> Kisar semua bahan bertanda *

 

Cara-cara:

1) Panaskan 3 sudu minyak masak, tumiskan rempah 4 sekawan dan bahan kisar sehingga wangi & agak kering.

rendang ayam tanpa kerisik
rempah sedang ditumis

2) Masukkan ayam. Gaul rata ayam hingga mesra dengan rempah2 tu 🙂

3) Masukkan santan. Kacau lagi.

4) Masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa.

5) Biar sehingga kering. Pastikan api kecil ya, hangus pulak nanti.

6) Dah kering tu bolehlah rasa, kot ada terkurang mana2 bolehlah adjust ikut sedap tekak masing2.

7) Siap!

nasi putih dengan rendang ayam tanpa kerisik
Ini sarapan pagi tadi. Leftover rendang semalam makan nasik memang kosong kering2. Memang auummm

 

Senang je kan? Rendang ni akan ada banyak kuah kering yang sedap. Boleh makan dengan nasi putih, nasi impit, lemang atau cicah roti pun best.

Cubalah 🙂

 

Regards,

Kaknida

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...