Resipi Roti Kembung Yang Simple Dan Lembut

Petang-petang makan roti kembung cicah sambal sardin memang syok abiss. Minum pulak kopi-o panas. Resipi roti kembung ni saya dapat dari mak mertua. 8 tahun kahwin, baru kali ni saya berpeluang tengok mak buat roti kembung. Selalu tu dengar cerita je.

Saya tak pernah makan roti kembung sebelum ni. Tak tau pun wujudnya sejenis makanan macam ni. Hohoho. Rupanya ala-ala puri yang ada jual kat kedai mamak tu. Paling best bila kita goreng tu dia naik menggelembung, tu yang dapat nama roti kembung 🙂

goreng roti kembung
Kejadian ketika menggoreng. *Sumber gambar dari Google*

Bahan-bahannya :

1/2 kg tepung gandum – ayak

2 sudu marjerin / mentega

2 sudu krimer manis (susu pekat)

1 biji telur

secubit garam

Air secukupnya

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

  1. Satukan tepung, marjerin/mentega, susu pekat dan garam dalam mangkuk. Pilih mangkuk yang agak besar untuk mudahkan proses menguli. Gaul bahan tadi hingga bercampur semuanya.
  2. Pecahkan telur & gaul mesra gittew.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga dapat adunan yang agak elastik. Sampai adunan tak melekat pada bekas.
  4. Uli dalam 20-30 minit. Masa uli boleh oleskan marjerin / mentega pada tangan kita supaya tak melekat.
  5. Bentukkan adunan bulat2 ikut suka nak saiz besar atau kecil 🙂 Saya buat agak2 saiz tomato sederhana tu. Golekkan dalam marjerin/mentega cair. Buat sampai adunan habis.
  6. Tutup adunan dan simpan sebentar dalam 30 minit.
  7. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Leperkan adunan menggunakan tangan atau alat penggelek.
  8. Goreng. Anda akan dapati roti naik menggelembung.
  9. Angkat bila agak keperangan (dah masak).
  10. Baki adunan yang tak habis goreng boleh disimpan dalam peti sejuk beku. Pastikan simpan dalam bekas kedap udara. Next time nak goreng, keluarkan dan biar lembut baru gelek & goreng.

Roti kembung ni kejadian dia rangup ditepi (bahagian yang garing) & lembut di tengah. Ada rasa ala2 roti canai juga.

Boleh cicah dengan kari, sambal sardin, atau ada juga yang suka cicah susu pekat manis. Saya lebih suka cicah dengan sambal sardin. Meh saya share resipi sambal sardin yang mudah untuk cicah roti ni. Nak buat inti sandwich pun sedap.

Sambal Sardin Sedap

Bahan-bahan :

  • sardin 1 tin kecil
  • sebiji bawang besar saiz sederhana
  • 1 ulas bawang putih
  • 3-4 biji cili api
  • 1/2 inci halia
  • garam & gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Air jika perlu

Cara-cara :

  1. Cincang bawang besar, bawang putih, cili api dan halia.
  2. Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan bawang besar, halia & cili. Tumis sampai bawang kekuningan.
  3. Masukkan sardin dengan sosnya sekali. Hancurkan sardin dalam kuali. Kaup balikkan jangan bagi hangit.
  4. Kalau kering sangat masukkan sedikit air. Masak sampai mendidih / sardin masak sepenuhnya.
  5. Perasakan dengan garam & gula.
  6. Siap. Boleh perah sedikit asam limau jika suka.

Selamat menjamu selera 🙂

 

**********

Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Anida 012-7917427 jika anda berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

Love,

Anida Ahmad

SID : 869589

Whatsapp / SMS : 012 – 7917427

Email : anida.ae@gmail.com

COD : Mydin Meru / KFC Tasek

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...