Resipi Sambal Perut Simple & Sedap

 

Macam biasa, bila share resipi mesti yang simple dan sedap. Muahaha. Yang susah-susah tu memang jaaaaaraaaag sangat nak buat 🙂

Nak diikutkan saya baru je belajar makan perut. Sebelum2 ni tengok orang sebelah je makan, sate perutlah, sup perutlah. Kalau balik kampung dia kadang-kadang ada juga mak masak sambal perut tapi saya ambil sambalnya je. Tak de sebab pun kenapa tak makan. Cuma tak biasa je.

sambal perut sedap dan senang

Sedap. Cubalah.

Tapi sejak2 memasak dah jadi rutin ni, dan nak mempelbagaikan bio :p hehehe boringlah asyik ikan, ayam, daging, sotong segala tu..kita tambahlah menu perut dalam senarai 🙂

Bebel apa ni? Here we go..resipi sambal perut simple dan sedap. Kena percaya.

Bahan-bahan :

250g perut lembu – cuci bersih dan hiris ikut suka

Segenggam cili padi*

1 biji bawang besar*

1 inci halia*

Sedikit ikan bilis*

1 batang serai – diketuk

Secubit kunyit serbuk

Sekeping asam keping

Garam & bahan perasa jika suka

Sedikit minyak untuk menumis

 

Cara-caranya :

  1. Kisar semua bahan bertanda *
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan kunyit serbuk & serai masa menumis.
  3. Bila bahan tumis dah agak garing / naik minyak, masukkan perut & asam keping. Kacau sebati. Kecilkan api biar perut masak & air kering sedikit. *Tak perlu tambah air tau, air dari perut tu akan keluar.
  4. Akhir sekali perasakan dengan garam (dan bahan perasa jika suka). Biasanya saya tak letak bahan perasa pun sebab dah blend sekali ikan bilis sebagai perasa semulajadi gittew.
  5. Siap. Boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Hehee..senangkan?

Rahsia sambal cili padi ni pada bahan tumis tu je. Lepastu ikut sukalah nak masuk perut ke, ayam goreng ke, ikan goreng ke, sotong ke, terung pun sedap.

Selamat mencuba!

 

******

Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri.

Hubungi saya Anida 012-7917427 jika anda berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

Love,

Anida Ahmad

SID : 869589

Whatsapp / SMS : 012 – 7917427

Email : anida.ae@gmail.com

COD : Mydin Meru / KFC Tasek

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

167 comments

  1. Novella says:

    The Pregnancy Association claims that although Acne products for example benzoyl peroxide are regarded as safe during pregnancy, all-women should consult their
    physician before utilizing items like benzoyl peroxide.
    Novella recently posted…NovellaMy Profile

  2. Tania says:

    Thank you, I have recently been looking for information approximately this topic
    for a while and yours is the greatest I’ve found out
    till now. But, what concerning the bottom line?

    Are you positive concerning the supply?
    Tania recently posted…TaniaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge