Sakit kencing tikus pulih dalam masa seminggu

Entri kali ini saya nak kongsikan testimoni daripada seseorang yang terkena jangkitan virus kencing tikus. Umum tahu virus kencing tikus ni sangat bahaya dan boleh membawa maut.

Jom kita baca perkongsian Encik Mohd Amirul Bin Badri ni.

.

Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos.
.

Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan.
.

Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU.
.

Di sini saya diberitahu saya kena virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya.
.

Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat.
.

Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut.
.

Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu.
.

Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.

Selepas seminggu, dah boleh buat rutin harian macam biasa.

Macam mana Vivix dan Nutriferon bertindak sehingga boleh cepat pulihkan dari jangkitan kencing tikus?

Vivix merupakan satu-satunya suplemen yang dapat tembus hingga keperingkat sel DNA tubuh manusia. Kaya dengan kandungan resveratrol dan polifenol, vivix membantu pulihkan sel-sel yang rosak.

Keyword dia, bila badan kita sakit atau kena serangan virus, sel badan kita sakit/rosak.

Di sinilah fungsi vivix untuk membantu pulihkan sel dengan lebih cepat.

Nutriferon pula sebagai perisai sistem imun. Dalam keadaan sakit lebih2 lagi serangan virus, tentera imun tubuh memang bekerja keras untuk lawan ‘penjahat’. Sampai satu masa tentera ni semua pitam. Macam mana?

Nutriferon bantu tingkatkan sistem imun

Penemuan interferon semulajadi oleh Dr.Kojima ni memang sangat membantu kita masa kini. Nutriferon berupaya untuk kuatkan imum badan kita. Kuatkan tentera2 imun. Supaya bila sakit, tidak berpanjangan dan cepat sembuh. Ia juga boleh mengelakkan kena serang semula.

Paling senang contoh bila kita selesema. Makan nutriferon masa rasa dedor membantu kita untuk elakkan jangkitan berpanjangan dan biasanya tak jadi demam.

Nak cuba 2 produk di atas ni, boleh hubungi saya 0127917427.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge