Sarapan Sedap Di Muar, Rugi Kalau Tak Cuba

Bila jalan2 tempat orang, makanan dia yang kita cari kan? 

Ke awak semua tak kisah pun. Bila travel awak tetap masuk kepsi, mekdi, pijahat juga?

Hehe.

Makanan dekat Muar ni sama juga macam tempat lain. Cuma dia ada sarapan special iaitu sate. Ha, biasa jumpa orang jual sate petang hingga malam je kan? Dekat Muar lain sikit, pagi2 dah nampak orang kipas sate 😊

Baru2 ni kami singgah sarapan di Renney’s Satay Muar. Memang recommended. 

Sate Ayam, Daging Dan Perut di Renney’s Satay Muar

Sate sedap. Terasa gabungan bahan perapan tu sampai ke dalam isi sate. Kuah pun sedap. Sate daging lembut. Ada pelbagai pilihan sate; ayam, daging dan perut. Harga secucuk tak sampai RM1 pun. Masih berbaloi.
Selain sate, ada lontong, mi rebus, soto, nasi lemak dan pilihan nasi goreng bihun semua tu. 

Dekat sini sate akan dihantar ke meja2 dan kita makanlah suka hati. Nak bayar nanti mereka kiralah lidi tu. Kalau tak cukup 1 pinggan tu, boleh panggil mereka untuk topup. Kalau tak habis pula, biar saja dalam pinggan tersebut. 

Lokasi Renney’s Satay Muar ni di Jalan Abdullah, berhadapan dengan sekolah Cina Chung Hwa. Senang je nak cari.

Ada 1 lagi kedai sarapan pagi yang saya nak share. 
Restoran Sate Warisan. Berhadapan dengan Pejabat TM. 

Ikut tekak saya, sate kat sini pun sedap. Bahan perapan memang blend dengan isi sate tu. Terasa sampai kunyahan terakhir gittew.

Nampak yang ni lebih garing. Ini di Sate Warisan.

Sama macam Renney’s, Sate Warisan pun ada mi rebus, soto, lontong, nasi lemak dan makanan lain. Sate kat sini pun akan dihantar ke meja, tapi bezanya dekat Sate Warisan ni lidi kira sendiri. Nanti nak bayar awak bagitahu je makan berapa cucuk. Jangan tipu tau. Busung nanti😁
Tapi saya cadangkan awak cubalah mi rebus dia. Sedap! 

Nampak simple je mi rebus ni, tapi kuah dia cukup rasa

Datang Muar tak payahlah nak sarapan nasi lemak roti canai semua tu. Tu semua kita dah makan hari2. Hiks. 
Selain sarapan sate, kalau jalan2 ke Muar awak jangan lupa nak cuba Mi Bandung Muar dan Kopi 434 tau. Kat tempat lain tak ada😎

😘, 

Nida

012 7917427

Sid : 869589

Cod Area Aeon Ipoh Klebang

Pos ke seluruh Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge