Ubat Sakit Sendi Dah Tak Berkesan Untuk Mak Biah

“Sorry bos, saya sambung cuti sehari lagi”

Sent! Zaidi nekad. Walaupun tahu Puan Rokiah pasti marah dengan tindakannya tapi Zaidi tiada pilihan. Emak masih belum boleh berjalan betul. Sakit lutut emak makin menjadi-jadi. Ubat sakit sendi yang Zaidi beli dari farmasi di bandar bulan lalu nampaknya tak memberi kesan apa-apa.

sakit lutut

Zaidi berkira-kira nak pujuk emaknya ikut dia tinggal di Kuala Lumpur. Bukan tak pernah pujuk sebelum ini, tapi emak tetap dengan jawapan standard-nya, tak biasa tinggal di bandar. Di kampung emak ada macam-macam aktiviti; ke kebun, ikut kelas mengaji, kuliah di masjid dan macam-macam kenduri kendara.

“Assalamualaikum bang, apa menung tu?” Entah dari mana Nurul ni datang.

Nurul, sepupu Zaidi yang tinggal di kampung itu. Rumah keluarga Nurul hanya selang 3 rumah sahaja dari rumah mereka. Nurul jugalah yang tolong tengok-tengokkan mak Zaidi sepanjang Zaidi bekerja di Kuala Lumpur.

“Mak Lang macam mana bang? Dah boleh bangun?”

“Macam tulah Nurul. Kaki mak masih sakit. Makin teruk pulak abang tengok. Solat pun guna kerusi. Berjalan pun abang kena papah” Zaidi mengeluarkan sedikit keluhan. Bukan mengeluh kena jaga emaknya yang sakit lutut, tapi Zaidi seakan pilu. Dia seperti gagal menjadi anak yang baik bila tak dapat bantu merawat sakit emaknya.

Bertahun-tahun Makan Ubat Tahan Sakit

ubat

Agaknya kalau nak ditimbang, dah beratus kilo ubat-ubatan yang ditelan emak. Lama-lama emaknya jemu. Makan ubat tahan sakit, sekejap itu hilanglah sakit tapi menjelang malam mulalah lutut Mak Biah seperti dihiris-hiris. Ngilu.

Mak Biah mula diserang sakit-sakit lutut ni sejak terjatuh ketika menoreh lama dulu. Mula-mula sakit sikit-sikit, Mak Biah cuma sapu minyak panas je. Akhir-akhir ni sakit sendi tu makin menjadi-jadi, mungkin sebab Mak Biah makin banyak kerja. Sejak arwah suaminya meninggal Mak Biah menguruskan kebun getahnya seorang diri, kerja-kerja rumah juga tiada siapa yang menolong. Nak ke masjid pun kena jalan kaki sendiri, mujurlah dekat. Kalau dulu Mak Biah bertenggek je atas motor suaminya.

Anak tunggalnya Zaidi dah banyak kali ajak tinggal bersama di Kuala Lumpur, tapi Mak Biah enggan. Sebenarnya Mak Biah tak sanggup nak berjauhan dari pusara suaminya. Tapi jauh disudut hati Mak Biah kesiankan Zaidi, dia tahu Zaidi risaukan dia yang keseorangan dirumah, lebih-lebih lagi bila sakit macam ni.

Makanan Tambahan Untuk Sakit Lutut

“Abang tak nak cuba bagi Mak Lang suplemen ke?” Nurul mula cucuk jarum. Dah lama Nurul nak suarakan cadangan itu tapi dia khuatir Zaidi ingat dia cuma nak lakukan produk jualannya saja.

“Elok ke Nurul? Ada ke untuk sakit-sakit sendi?” Wah. Umpan macam mengena kali ni. Nurul terus pasang strategi.

“Ada bang. Ramai customer Nurul belikan untuk parent dorang. Semua bagi feedback positif. Ada yang dah berpuluh tahun solat guna kerusi pun kembali sihat, boleh solat macam biasa. Vitamin Shaklee ni semulajadi bang, tiada bahan kimia, lengkap dengan bukti kajian klinikal semua, berkesan dan selamat” Panjang lebar Nurul terangkan.

“Ni abang tengok testimoni dari customer Nurul ni” Nurul hulur telefon bimbitnya kepada Zaidi.

testimoni ajht

 

Zaidi sedikit yakin. Gesaan nak emaknya pulih seperti sediakala mengatasi segala-galanya. Kali ini dia mesti cuba Set Sendi dari Shaklee ni. Selama ini dia memandang sepi je cadangan sepupunya itu. Dia pernah menganggap Nurul pemalas bila lepas habis pengajian di universiti Nurul terus menetap dikampung, buat bisnes katanya. Yang dia nampak Nurul sentiasa dengan laptop, sentiasa online di facebook. Tapi dia tak pernah ambil pusing semua itu. Untung-untung di kampung Nurul dapat tengok-tengokkan Mak Biah.

“Berapa harga 1 set ni Nurul?” Zaidi dah setuju nak beli. Lagi cepat dia bayar, lagi cepat emaknya dapat mula makan suplemen tu.

Set Sendi

“Harga pasaran RM331 je bang. Tapi abang boleh jadi ahli Shaklee, untuk ahli ada 20-25% diskaun bang. Kalau capai minimum point, dapat cashback pulak” macam bertih goreng mulut Nurul terangkan semuanya. Hatinya berbunga-bunga bila Zaidi akhirnya setuju nak berikan Mak Biah vitamin semulajadi untuk kesihatan lutut tu.

“Oklah oklah. Abang jadi ahli. Petang ni Nurul datanglah rumah bawak semua vitamin-vitamin tu ya” Zaidi malas nak tahu lebih lanjut. Dalam kepalanya sekarang ni moga emaknya kembali sihat.

“Eh mana ada vitamin tu kat rumah Nurul bang. Nurul tak simpan stok pun. Bila ada customer nak baru Nurul order online & Shaklee akan pos terus kepada customer. Tugas Nurul lepas tu lebih kepada consult & follow up customer je. Nurul akan pastikan semua customer Nurul dapat yang terbaik. Tak pe, petang ni Nurul datang lagi, nanti Nurul tunjuk kat abang macam mana bisnes Nurul ni berjalan tau. Kita boleh order sekali vitamin untuk mak abang tu. Oh ya, kalau abang nak baca-baca info dulu bolehlah jenguk blog Nurul, mom-station.com” Zaidi dah melopong. Biar benar sepupunya ni. Ilmu apa yang Nurul ni belajar masa kat universiti dulu. Betul ke bisnes dia tanpa pegang stok?

“Oklah bang, Nurul balik dulu. Ada webinar pukul 2 ni. Nurul dah janji dengan anak-anak bisnes Nurul nak bagi tips jana income 5 angka hanya dari rumah. Alhamdulillah walaupun duduk kat rumah Nurul still dapat gaji lebih pada kerja di ofis. Ha, kalau abang nak tahu sekarang ni mak ayah Nurul takde kat rumah ni, dorang ikut trip Umrah Shaklee, semua free je bang. Oklah, kita jumpa petang ni ya” Makin melopong mulut Zaidi. Tak berkedip matanya mengekor Nurul yang berlalu dengan basikalnya. Sekali imbas macam budak sekolah je. Pendapatan 5 angka?

Zaidi tak sabar tunggu Nurul datang petang ini. Dia mula membayangkan dirinya membersihkan halaman rumah sambil jawab pm customer. Sambil duduk-duduk Zaidi mainkan video #shakleeeffect yang dihantar Nurul dalam pesanan Whatsapp nya sebentar tadi.

 

***********************************************

Drama sebabak ini tiada kaitan dengan sesiapa. Tapi kalau ibu bapa anda sakit lutut macam mak Zaidi, anda boleh hubungi saya ANIDA 0127917427 untuk pesanan produk Shaklee. COD untuk kawasan Ipoh dan pos ke seluruh Malaysia. Jangan jadi macam Zaidi, sampai emaknya dah tak boleh berjalan baru nak bertindak.

Anida Pengedar Shaklee Ipoh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

49 thoughts on “Ubat Sakit Sendi Dah Tak Berkesan Untuk Mak Biah

  1. kahkahkah..cerpen terbaikkk. mengimbau balik zaman sekolah..buat cerpen paper bm spm. “tenenet..tenenet.. jam loceng berbunyi..”

    1. “Dar degeaba as fi facut-o, multi dintre voi sunt suficient de prosti sa mearga sa voteze pe cretinii care ne-au distrus in ultimii 20 de ani.”Esti rau. Adica cititorii tai sunt cretini care voteaza cu Geoana si ai lui?Rusinica.Nu ma refer la cititorii de ocazie, platiti sa injure/pupe in fund diverse partide asa-zis &#oei0;p8l2tic2”. Ma refer la cititorii tai. Aia care te citesc zilnic.

  2. Vitamin C may enhance the absorption of E Vitamin but substantial Crimson Bumps what causes acne on your own mind
    best extreme vegan for experience wash On Pets Chin l heart of existence nonetheless using the Ugg that youe about to reported that they eventually
    end-up thr Allan gets Affirm Laser for acne Best Acne Spot-Treatment Clean And Distinct Coming
    Retain Back Blemish scarring.
    Elva recently posted…ElvaMy Profile

  3. Of course, no one likes to receive phone calls when they are relaxing,
    so leave your phone off but fully charged,
    just in case there is an emergency, and you need to contact someone.
    Anne recently posted…AnneMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge