Tips Anak Tak Mengantuk Dalam Kelas Dan Kekal Fokus Ketika Belajar

Assalamualaikum wbt.

Minggu ni sesi persekolahan 2015 bermula. Emak-emak yang ada anak baru masuk tadika, pra sekolah, darjah 1 mesti teruja. Termasuklah yang tengah menaip ni ๐Ÿ˜‰ Sesuai dengan persekolahan yang baru bermula ni, saya nak share 4 tips anak tak mengantuk dalam kelas dan kekal fokus masa cikgu mengajar.

Sekolah Sesi Pagi vs Sekolah Sesi Petang

mom-station.com (2)
Parah kalau 1 kelas mengantuk macam ni

Emak-emak prefer yang mana? Kebanyakkan sekolah berjalan 1 sesi sahaja (biasanya pagi), cuma ada segelintir sekolah yang mungkin mempunyai pelajar yang agak ramai terpaksa buat dua sesi. Tak kira sekolah sesi pagi atau petang, boleh dikatakan semua anak-anak sekarang bersekolah dari pagi sampai petang! Mana yang sekolah kebangsaan / menengah belah pagi, akan ke sekolah agama atau tuisyen atau kelas piano dan sebagainya waktu petang. Begitulah sebaliknya.

Nuha sekolah kebangsaan sesi petang, jadi pagi pergi sekolah agama. Harap-harap dia ok.

Semalam masa tunggu Nuha hari pertama sekolah (kantoi emak tunggu sampai rehat :p), masa perhimpunan tu saya nampak ada beberapa pelajar yang dah mula menguap dan ada yang dah tertidur. Banyak kali juga dengar cikgu kejutkan dan pesan jangan tidur. Kesian juga, mesti anak tu letih.

tips elak anak mengantuk dalam kelas

Antara cabaran sekolah sesi petang ni ialah cuaca. Panas. Anak-anak pulak mana yang dah guna bateri dari pagi, mungkin perlu di cas semula waktu tengah hari tu. Tapi kalau yang transit di taska mana sempat nak tidur tengah hari. Balik dari sekolah agama pagi terus mandi, makan dan siap ke sekolah petang pulak. Silap-silap sambil bersiap tu van transport dah hon depan taska.

Macam mana nak kekalkan tenaga anak-anak ni supaya tak letih dan mengantuk masa belajar? Meh rapat sikit ๐Ÿ˜‰

4 Tips Anak Tak Mengantuk Dalam Kelas

1. Tidur Awal

Jadualkan anak untuk tidur pada waktu yang tetap. Contohnya pukul 10 malam. Anak perlukan rehat secukupnya selepas letih seharian beraktiviti. Kalau sebelum anak bersekolah dia bebas nak tidur pukul berapa, sekarang emak kena mainkan peranan untuk disiplinkan waktu tidur anak. Kalau terpaksa masuk tidur sekali pun layankan saja, lepas anak tidur kita bangunlah siapkan kerja kita. Jangan salahkan saya kalau emak pun tertidur sampai pagi :p

2. Tiada TV Pada Hari Persekolahan

Untuk ibubapa yang memang punya peraturan tiada tv di rumah, tahniah! Untuk yang masih menonton tv dan anak biasanya ralit tengok tv, buat peraturan TAK BOLEH TENGOK TV MASA HARI SEKOLAH. Bukan apa, kadang anak-anak ni bila tengok kartun dia layan je sampai lewat malam. InsyaAllah kalau kita terangkan elok-elok anak tak memberontak. Tapi sebenarnya memang tak ada masa diorang nak tengok tv pun, lepas maghrib tengok buku, ulangkaji dan buat kerja sekolah. Dah siap tu masuk tidur.

3. Minum Air Masak Banyak

Bekalkan air masak ke sekolah. Pesan banyak-banyak kali untuk anak minum air masak. Kita yang dewasa ni pun ada yang culas minum air masak, ni lagi kan budak ๐Ÿ™‚ Bila tak cukup air memang badan kita cenderung untuk rasa lesu dan mengantuk. Banyakkan minum air masak untuk bantu kekalkan bendalir dalam badan. Jangan lupa pesan kalau nak buang air pergi toilet ๐Ÿ™‚

4. Amalkanย Vitamin C Dan Omega Guard

Yang ini memang membantu saya dan Nuha. Sejak tadika lagi saya beri dia makan Omega Guard Dan Chewable Vitamin C Shaklee ni. Alhamdulillah memang nampak dia lebih fokus. Setakat dua hari ni pun tak nampak Nuha macam letih sangat (balik rumah masih boleh berambat dengan adik :p)

chewable vitamin c

Vitamin C bukan sahaja penting untuk menguatkan imunisasi badan, ia mempunyai nutrien yang menyeluruh bagi menyokong kesihatan jantung, keutuhan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang otot dan pembuluh darah.

Sebiji sehari untuk perlindungan menyuluruh anak kita! Sebotol ada 90 biji, hanya RM37 sahaja. Wow! Jimat sangat. Nak order sekarang? Whatsapp je saya 0127917427 ๐Ÿ˜‰

Omega Guard untuk kekak fokus

Omega Guard mengandungi asid lemak omega 3 (EPA & DHA) yang sangat penting untuk membantu kesihatan otak. Omega 3 akan membantu anak-anak kita kekal fokus semasa belajar. Selain untuk otak, ia sangat bagus dalam menjaga jantung dan melancarkan perjalanan darah.

Yang Baru, ada Vitalea For Children!

Vitalea For ChildrenRM111 - 60 tablets

Wow! Multivitamin lengkap dengan B Complex dan segala mineral yang diperlukan kanak-kanak. B Complex memang sangat diperlukan untuk menukarkan makanan kepada tenaga, supaya tak mengantuk dan lesu lepas makan. Bila ada tenaga barulah anak-anak kita akan aktif di sekolah.

Sempena kemunculan semula Vitalea For Children ni, Shaklee buat promosi bulan ni. Beli 3 Percuma 1. Memang jimat. Boleh borong dan buat stok setahun untuk anak. Vitalea ni best tau. Dengan perisa anggur semulajadi, boleh kunyah macam gula-gula. Kunyah tanpa rasa bersalah sebab tak de perasa tambahan, perwarna tambahan dan pengawet!

Jangan tunggu lagi, anak bersekolah sekali ni sahaja. Masa tak akan berputar semula. Bertindak sekarang. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau nak pesan terus pun boleh ๐Ÿ˜‰ ANIDA 0127917427

Semoga dengan usaha kita ini dapat membantu anak-anak kekal cergas. Anak-anak ini yang akan jadi pewaris kita dan khalifah di masa hadapan. Semoga mereka semua dapat menyerap ilmu kehidupan ini sebaiknya!

Jumpa lagi..

anida pengedar shaklee ipoh

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...