Tips Jimat Sediakan Persiapan Kembali Ke Sekolah

Sesi persekolahan 2016 lebih kurang seminggu je lagi nak bermula. Mungkin ramai ibubapa yang terasa ‘bebanan’ kewangan dalam menyediakan persiapan kembali ke sekolah. Duit yuran & buku memang wajib, ditambah pulak dengan bajet yang perlu disediakan untuk kelengkapan lain.

Kami baru ada seorang anak yang sekolah. Sebolehnya kami bersederhana dalam membeli persiapan sesuai dengan bajet.

Tips Jimat Sediakan Persiapan Kembali Ke Sekolah

1. Senaraikan barang yang nak dibeli

Ini penting untuk mengelakkan kita ‘terbeli’ barang yang bukan dalam bajet. Sebelum keluar membeli, senaraikan dulu apa kita nak beli. Lagi bagus kalau kita boleh sertakan lingkungan harga barang tersebut. Ini nak mengelakkan terlebih bajet.

2. Beli keperluan bukan kehendak

Baju sekolah tahun sebelumnya yang masih elok boleh dipakai lagi. Tak perlu beli baru semuanya. Sorting peralatan sekolah yang masih boleh digunakan & beli baru barang2 yang tak ada je. Contohnya alat tulis, tak perlu beli baru jika alat tulis sedia ada masih elok.

3. Survey harga di beberapa kedai / pasaraya

Ini agak penting juga. Walaupun banyak pasaraya terkenal menawarkan harga diskaun tetapi kadang2 harga di kedai biasa lebih murah. Kualiti juga tak banyak beza. Baju kurung putih contohnya, di pasarayaKU cuma berharga RM12.90 sehelai dengan kualiti setanding yang dijual di pasaraya Yourdin dengan harga RM25.

Boleh tanya kawan2 juga tentang kedai mana yang menawarkan harga lebih berbaloi.

4. Tak perlu beli jenama terkenal

Yup. Jenama terkenal bukan menjamin apa2 pada persekolahan anak kita. Tak perlu terpengaruh dengan iklan baju sekolah jenama itu dan jenama ini. Tak perlu ikutkan jenama beg yang paling in tahun ini.

Berbelanja ikut kemampuan. Jika anak minta yang berjenama tetapi di luar kemampuan kita, jelaskan pada mereka. InsyaAllah anak2 faham. Lebih2 lagi jika anak sekolah rendah, mereka tak kisah pun jenama apa, asalkan cantik dimata mereka dah suka sangat.

Cukuplah 4 tips yang saya kongsikan ni. Mungkin ramai ibubapa yang memang amalkan tips ini jugak.

image

Untuk perkongsian, kami membeli peralatan kembali ke sekolah kali ini di pasarayaKU. Memang berbaloi. 2 pasang uniform, 2 pasang kasut tak-ada-jenama, stokin, beg, dan alat tulis berharga RM163.

Uniform sedia ada masih elok, cuma kain sudah ketat & sedikit singkat. Beg sekolah masih elok, boleh guna untuk sekolah agama. Sebelum ni sekolah agama guna beg masa tadika (dah koyak dah akhir sesi persekolahan hari tu).

Dengan bajet yang ada, kami sebolehnya ajar Nuha untuk guna apa yang masih elok. Sesi persekolahan baru bukan bermaksud semua perlu diganti baru. Yang penting semangat kena baru!

Semoga anak2 kita dapat memulakan sesi persekolahan nanti dengan azam baru seterusnya belajar bersungguh-sungguh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

43 comments

  1. Tuyet says:

    With a great number of acne products in the marketplace, it’s hard when shopping the wonder lanes, to realize
    the great versus the terrible.
    Tuyet recently posted…TuyetMy Profile

  2. Adam says:

    Natural Homemade Facial Masks for Scarred Tissues and Black Areas
    will give you the best facemasks you could try,
    follow these DIY markers that’ll decrease black areas, prevents acne from occurring also.
    Adam recently posted…AdamMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge