Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online Di rumah

Tips Menyusu Di tempat awam

Bila buat keputusan berhenti kerja dan berbisnes online sepenuh masa di rumah, perkara yang bermain dalam fikiran saya ialah dapat ke saya nak urus anak (Izz terutamanya, sebab Nuha sekolah) 24 jam di rumah. Kalau biasa hari cuti memang mengulit anak je, tapi bila dah bekerja dari rumah ni kenalah ikut jadual. Jom saya kongsikan tips urus anak sambil berniaga online di rumah.

To-Do-List Sangat Penting

to do list
Contoh To-Do-List

 

Selain anak, diri sendiri pun perlu disiplin. Pastikan kita ikut semua senarai tugasan yang dah ditulis. Kerja rumah memang tak pernah habis, tapi sebagai suri yang bekerja dari rumah kita perlu tetapkan masa masuk ‘pejabat’. Jangan ralit habiskan masa mengemas rumah pulak.

Anak – Cabaran Paling Besar Ibu Bekerja Dari Rumah

Anak susah diurus, Anak pantang tengok ibu pegang gadjet. Anak nak ngempeng 24 jam. Dan macam-macam lagi perihal anak. Di sinilah pentingnya jadual. Kalau kita bekerja dari rumah dan tak hantar anak ke taska, kita kena bersedia untuk bekerja bersama anak-anak.

Saya nak kongsikan bersama anda, tips dari Puan Lyna Noh, seorang peniaga online yang sangat berjaya. Bagaimana Puan Lyna berjaya urus anak-anak sambil berbisnes online (sambil travel serata dunia lagi).

 

Selain itu, boleh cuba tips di bawah :

  • Siapkan anak dahulu. Pastikan anak mandi, bersih, kenyang, dan gembira
  • Sesuaikan jadual kerja dengan rutin anak, contohnya kalau anak biasa tidur tengah hari, isikan waktu itu untuk online atau urusan bisnes lainnya.
  • Siapkan kerja rumah sebelum anak bangun. Ini sama seperti ketika kita keluar bekerja dulu
  • Luangkan masa khas untuk anak. Sehari 30 miniit sudah cukup untuk tumpukan perhatian pada anak. Main puzzle, coloring, main block atau membaca bersama.
  • Disiplinkan anak untuk tidak usik barang-barang kerja kita. Telefon, laptop dan gajet lain adalah untuk tujuan kerja. Jika anak nak jugak ‘macam ibu’, belikan untuk anak set permainan seperti tab genius dan sebagainya.

Semoga tips-tips ini bermanfaat buat ibu-ibu. Ingat semula kenapa kita berhenti kerja dan nak bekerja dari rumah.

p/s : bila anak dah tak kacau, jangan ibu pulak sibuk layan sinetron, slot akasia dan yang sewaktu dengannya pulak ya 😉

 

best regards,

anida logo

Anida Ahmad
SID : 869589
SMS / Whatsapp : 012 7917427
COD : Mydin Meru – Tesco Extra Ipoh – Pos Seluruh Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...