Vitamin C Bukan Sekadar Untuk Kulit Cantik

Vitamin C adalah vitamin yang diperlukan oleh badan kita setiap hari tetapi badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. Kita dalam ayat ini adalah manusia, kalau arnab mereka boleh buat sendiri vitamin C. Hehe.
Ya, manusia tak cukup 1 enzim untuk menukarkan gula kepada vitamin C. Jadi kita kena dapatkan vitamin C daripada makanan. Boleh ambil buahan tinggi vitamin C atau pilih suplemen vitamin C yang sustain released supaya tidak membazir dan dapat diserap dengan lebih optimum.
Biasanya ramai yang kaitkan vitamin C dengan vitamin cantik. C untuk cantik. Kan? Tapi sebenarnya ada banyak lagi manfaat vitamin C kepada badan kita.

Paling basic..

Vitamin C penting untuk kuatkan imun tubuh. Kalau kita kena jangkit selesema atau dedor2 nak demam, kita perlukan lebih bekalan vitamin C supaya badan kita dapat melawan jangkitan tersebut. Saya kalau mula rasa nak selesema atau sakit tekak, cepat2 telan vitamin C extra. Biasanya tak jadi selesema atau kadang tu sehari dua dah baik. Jenuh kan kalau selesema berpanjangan.

Demam dan selesema memang tak selesa, makan vitamin c untuk cepat lega

 

Jika anda merokok atau tinggal bersama perokok, anda mesti ambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C dalam badan perokok lebih cepat hilang berbanding orang yang tidak merokok. Perasan tak orang merokok lebih kerap atau mudah diserang batuk? Mereka kekurangan imuniti badan kerana dah dihapuskan oleh racun rokok. Ambillah suplemen yang membantu meningkatkan system imun. Tapi sebenarnya lebih baik anda berhenti merokok terus kerana merokok tak mendatangkan faedah pun.
Vitamin C sebagai anti oksidan. Selain vitamin A dan E, vitamin C merupakan vitamin yang tinggi anti oksidan. Anti oksidan diperlukan untuk mengelakkan radikal bebas merebak dalam badan kita. Bila sebut radikal bebas, kita semua terbayang kanser. Seram. Radikal bebas menjadi punca sel kanser membiak dalam badan manusia. Cegahlah dengan mengambil anti oksidan dan jaga pemakanan kita.
Selain itu vitamin C sangat berkesan dalam membantu proses baik pulih luka, termasuk luka bersalin. Vitamin C membantu menggalak penghasilan kolagen tubuh, jadi kita kena cukup vitamin C untuk tujuan itu. Kolagen ni fungsi dia macam gam. Dia akan mengikat / mencantumkan sel-sel tubuh yang luka tadi supaya tercantum elok dan pulih seperti sedia kala. Kalau tak cukup gam, tak melekatlah ia.
Sebab itu ibu baru lepas bersalin digalakkan minum jus oren segar, selain untuk kesegaran tekak ia juga membantu baik pulih luka. Tapi janganlah ambil yang tinggi gula. Saya pula sebaik sahaja dihantar ke wad, terus telan vitalea, b complex dan vitamin C mega dos. Alhamdulillah, memang luka pulih dalam seminggu.
Untuk orang yang selalu mengalami gusi berdarah pun penting untuk ambil vitamin C. Gusi berdarah merupakan tanda2 kita kekurangan vitamin C. Sama juga kalau yang selalu lebam2 dekat anggota badan. Bukan kena gigit Pontianak tau. Kurang vitamin C sebenarnya tu.

Kurang Vitamin C

Kurang vitamin C ni bukanlah kata tak dapat langsung dari makanan, tapi ia mungkin terlalu minimum. Sekadar cukup untuk elak kena skurvi je.
Kalau nak kulit halus cantik halus mulus, memang kena amalkan setiap hari dengan dos yang sesuai sebab ia bertindak ikut keperluan badan kita. Contoh sesorang yang merokok, dalam masa sama nak pulihkan kulit muka daripada jerawat. Tentu kena ambil lebih berbanding orang yang tak merokok sebab vitamin C dalam badan dia lebih cepat terhapus.
Walaubagaimanapun, pilihlah suplemen vitamin C yang selamat. Elakkan suntik-suntik vitamin C tak tentu hala tau. Tak ada approval KKM satu hal, kot beracun satu hal lagi.
Saya cadangkan ambil vitamin C Shaklee yang bersifat sustain released. Ia diserap 100mg setiap jam selama 5 jam. Boleh atur jadual pengambilan supaya vitamin C sentiasa ada dalam tubuh kita. Dan tak perlu risau kalau kita makan suplemen Cuma menjadikan urine kita mahal sebab tiada pembaziran melalui air kencing pun.
Whatsapp saya 0127917427 untuk order Vitamin C anda hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

CommentLuv badge