Vitamin E Mencegah Penyakit Jantung Dan Stroke?

Kita biasa dengar Vitamin E untuk kulit cantik, untuk lembapkan kulit, untuk kesuburan dan untuk cinta. Semua itu benar, tetapi ada banyak lagi manfaat Vitamin E terhadap tubuh manusia selain untuk kesihatan kulit dan kecantikan.

sumber vitamin e

Vitamin E merupakan salah satu nutrisi penting yang diperlukan oleh badan kita. Sering disebut sebagai Alpha Tocopherol, Vitamin E sangat membantu dalam mengatasi beberapa masalah kesihatan. Kita perlu mendapatkan bekalan vitamin E secukupnya daripada makanan atau suplemen kerana badan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin E secara sendiri. Antara makanan yang banyak mengandungi Vitamin E ialah kacang badam, kacang hazel, bayam, brokoli, minyak sayuran dan tomato. Buah kiwi, mangga dan cili merah juga antara tumbuhan yang tinggi nilai Vitamin E nya. Suplemen Vitamin E juga sudah banyak di pasaran sekarang. Pilihlah mengikut kesesuaian anda, pesanan saya pilihlah Vitamin E yang terkandung selenium di dalamnya.

Jom tengok apa manfaat Vitamin E selain untuk kulit cantik :

Mencegah Radikal Bebas

Vitamin E berperanan sebagai anti oksidan bagi badan manusia. Anti oksidan adlaah nutrisi yang penting untuk membantu mencegah radikal bebas. Radikal bebas didalam tubuh manusia akan menyebabkan penuaan sebelum waktunya pada kulit kerana ia merosakkan struktur sel dan akan merendahkan sistem imun seseorang.

Mencegah Penyakit Jantung dan Stroke

sakit jantung

 

Vitamin E berfungsi mencairkan darah yang beredar di dalam dan melancarkan perjalanan darah supaya tidak berlaku pengumpulan fluk di dinding pembuluh arteri. Pengumpulan fluk di pembuluh arteri dan aliran darah yang tidak lancar akan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung dan stroke. Oleh sebab itu, pengambilan Vitamin E yang konsisten dapat membantu anda terhindar daripada penyakit yang sangat mengerikan ini. Scary bak kata Gen Y.

Mencegah Osteoarthritis

Ada kajian yang membuktikan bahawa Vitamin E dapat mencegah dan meredakan osteoarthritis. Ini bermakna Vitamin E boleh digunakan untuk membantu meredakan sakit reumatik. Selain itu Vitamin E juga dapat membantu meningkatkan pergerakan sendi-sendi tulang dan mengurangkan risiko tinggi asid urik.

Mempertahankan Kelembapan Kulit

kulit cantik

Bagi anda yang memiliki kulit kering, anda mungkin kekurangan Vitamin E. Ini kerana Vitamin E berperanan penting dalam menjaga kelembapan kulit. Selain itu, Vitamin E juga dapat melindungi kulit dari sinaran UV dan sinar matahari yang akan menyebabkan kulit tidak sihat dan gelap. Dengan itu, jika mahukan kulit secantik JLo atau Ayu Raudhah, rajin-rajinlah mengambil Vitamin E. Ambil secara konsisten tau.

Mempercepatkan Penyembuhan Luka

rawat luka dengan vitamin e

Seseorang yang luka atau cedera pada kulit digalakkan mengambil makanan yang tinggi Vitamin E atau lebih baik jika mengamalkan suplemen Vitamin E. Dengan mengambil Vitamin E yang cukup dan teratur, luka akan cepat sembuh berbanding mereka yang tidak mengambil Vitamin E. Selain di ambil secara oral, Vitamin E juga boleh disapu pada bahagian luka. Caranya, ambil sebiji kapsul Vitamin E, cucuk dengan jarum. Picit cairan vitamin E tersebut dan sapu pada bahagian yang luka. Amalkan secara konsisten. Kaedah sama boleh diamalkan bagi mereka yang mempunyai parut jerawat. Dengan izin Allah, luka dan parut akan sembuh dan pudar lebih cepat dari biasa.

Menjaga Kesihatan Seksual Lelaki

happy family

Vitamin E dan kesihatan seksual lelaki sangat sinonim. Dari kajian, lelaki yang mengambil 400mg Vitamin E secara konsisten menunjukkan peningkatan pada pergerakkan sperma dan dapat meningkatkan kesuburan lelaki. Selain itu, pengambilan Vitamin E yang cukup juga membantu meningkatkan keinginan seksual lelaki (suami). Vitamin E berfungsi bagi meningkatkan hormon testosteron di dalam tubuh. Hormon ini yang mempengaruhi tahap ghairah seksual lelaki. Jika hormon testosteron meningkat, keinginan seksual lelaki juga meningkat. Ini sangat bermanfaat bagi suami-suami yang mengalami masalah kesuburan / masalah berkaitan seksual.

Meredakan Sengugut

Sakit senggugut hanya difahami oleh wanita yang merasai sahaja. Ada yang sampai tak boleh bangun bila diserang senggugut. Vitamin E boleh meredakan senggugut! Untuk melegakan sengugut, amalkan mengambil Vitamin E dua kali sehari selama 2 minggu sebelum datang haid. Dengan segala kebaikkan Vitamin E, ambil sahaja setiap hari tanpa culas ­čÖé Banyak manfaat yang anda dapat selain meredakan senggugut.

Untuk penyerapan optimum Vitamin E, anda perlu makan makanan yang kaya dengan vitamin C. Wah, memang tepat gabungan Set Kulit Vitamin E dan Vitamin C ni.

Jika anda mahukan suplemen Vitamin E, kami ada Vitamin E Complex yang mempunyai kandungan vitamin E, ekstrak Grape seed dan selenium. Sebotol Vitamin E Complex Shaklee mengandungi 120 capsules, cuma berharga RM149. Sebotol untuk kegunaan selama 4 bulan secara amnya.

Vita-E Complex®
Vita-E Complex®

 

pengedar Shaklee area Ipoh, Tasek, Klebang

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...